Sunday, June 2, 2013

Adun Pas Sungai Rapat Hilang Selepas Menang Kontroversi

Gambar Inilah Yang Membuatkan 100% pengundi Cina menyokong Radhi Zainon
kerana mereka anggap Hero penyelamat Bangsa Cina
Sejak kemenangan yang diidam-idamkan oleh penganut Pas Sungai Rapat menghampiri sebulan lamanya sehingga kini kelibat batang hidung Radhi Zainon yang memenangi PRU13 yang lalu langsung tidak kelihatan.

Jika sebelum PRU13 Radhi Zainon cukup galak turun padang mencari kesalahan Dato Hamidah tetapi bila menang Radhi Zainon terus bersembunyi takut masyarakat minta bantuan dan kini masyarakat tahu siapa pembohong sebenarnya.

Hampir sebulan jugalah Pas masih lagi meraikan kemenangan yang diperolehinya hasil bersama sabotaj beberapa pengkhianat Umno Bahagian Gopeng sendiri yang sengaja mahukan kekalahan berlaku kerana nama orang harapan mereka tidak dicalonkan untuk menjadi calon.

Walaupun kemenangan Pas dibantu dengan unsur-unsur sabotaj daripada Pengkhianat Umno Gopeng tetapi kelebihan undi yang diperolehi tidaklah terlalu jauh cuma 2600 sahaja.

Yang menjadi mangsa sekarang adalah pengundi Dun Sungai Rapat yang hampir saban hari datang dan masih menunggu dihadapan pejabat Khidmat Adun Sungai Rapat(BN). Ada yang datang membawa borang bantuan JKM(Jabatan Kebajikan Masyarakat), ada yang datang bawa bil api, air yang telah dipotong untuk memohon kepada Dato Hamidah tolong bayarkan, ada yang datang bawa borang persekolahan anak-anak untuk ditandatangani.

Walaupun sudah berkali-kali orang memberitahu pergi ke pusat Khidmat Adun Pas tetapi mereka masih berdegil kerana kata mereka mereka tak kenal langsung dan tidak tahu dimana pejabat Adun Pas tersebut.

Mereka pula dikatakan pergi kepada penghulu Mukim Sungai Terap tetapi Penghulu tidak melayan mereka yang mahu meminta tandatangan Penghulu tersebut.

Disini timbul persoalan apakah Adun Pas hanya untuk 'menterdarah' gaji buta tanpa membantu rakyat, apakah halal gaji yang dimakan itu.

Inilah risiko jika rakyat tersalah memilih wakil rakyat yang akan menjadi mangsa adalah rakyat miskin, orang kampung sedangkan pemimpin yang melakukan pengkhianatan tersenyum lebar tanda puas.

Yang lebih menyedihkan apabila beberapa ketua kampung menelefon Adun Pas tetang bantuan-bantuan dan turun padang, beliau menjawab tunggu 5 tahun lagi.

12 comments:

  1. Sendiri PILIH...sendiri TANGGUNG....
    PRU14 mungkin pada 2018....
    Lama tu nak tunggu...sempat juga dewan yang mula dimakan anai-anai..
    akan tumbang.....

    Kalau disemburkan racun.....anai-anai boleh mati....Kos pun tak tinggi....

    Tapi kalau dewan dah Runtuh....peluang untuk dapat Kontrak Bina Semula..
    Besar keuntungan TU....

    Ini lah Strategi Politik Kuasa

    ReplyDelete
  2. Padan muka pengundi Dun Sungai Rapat yang terlalu percaya pembohongan manusia munafik ini

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak turun padang serang midah, midah pun dah lama cabut tak nampak batang idung, kah!!!! woi aku tinggal dekat pejabat midah sebelah kedai makan tu..hari2 tutup sunyi, tak nampak orang datang minta sedekah pun. dewan yang depan tu pun dak naik lalang. mana pegi mak cik2 yang dok masak bubur kat situ?. Kereta nazaria yg ada gambar midah pun duk paking kat kedai makan jimnasium tu aje..YB Radhi masih bersama2 kami round kawasan tapi tak tersrempak dgn geng2 kalah tu yang kena sabotaj..biasalah org UMNO macam hantu raya, dapat habuan dia patuh kat kita, tak dapat habuan dia tokak telur kita..

    ReplyDelete
  4. Kalau nak minta bantuan, datang le ke rumah Radhi di bandar pulai jaya, rumahnya lot tepi , lokasi, kalau datang dari unisem , masuk simpang straight dari Megah transport, rumah penghujung tu rumah dia, bawak le bil api, air, apa juga kesusahan tuan-tuan, dia akan bagi dari duit poket dia sendiri. Kalau dia kata datang lain kali , jangan balik, tunggu aje kat depan rumah dia sampai dia tolong, nak jadi adun ni bukan setakat kene pandai tabur fitnah, tapi kene ada peruntukan juga, kalau dia kata takda peruntukan , makna dia bohong, dia ada bisnes laki bini, apa lagi kome yang jadi rakyat sg rapat, datang le beramai-ramai ke rumah dia, pukul 8 keatas dia ada di rumah, jangan bior kan dia tidur nyenyak diatas kesengsaraan tuan-tuan, rakyat mesti di jaga.

    ReplyDelete
  5. Takkanlah buat ronda ronda MAKAN angin je.....

    wakil Rakyat hampa tu.......usahalah memenuhi keperluan rakyat...
    kalau takde peruntukan besar...Pakat-Pakat buat Gotong Royong....
    Jangan Wakil Rakyat tu arah je....kenalah sama-sama buat kerja....

    Tak Perlulah nak KUTUK Kak Midah...dia dah kalah..dan pasti dia ada tugas lain nak dibuat.....Wakil Rakyat hampa kenalah Penuhi Janji-Janji Mereka....Kalau dia tak Tunaikan...Nanti Korang tuntut di Akhirat....

    ReplyDelete
  6. Elok la kak midah tutup pusat tu. Buat apa nak buka kalau org tak hargai. Suruh radhi tu pulak buat kerja tolong rakyat, buka pusat khidmat dan iklankan kpd semua pengundi sg rapat. Jgn undi je nak tp keje malas. Dan kpd penyokong radhi, kome bukan polis peronda tolong la yb kamu buat kerja. Takkan hari2 nak tabur fitnah, benci membenci aje. Udah2 le, bkn boleh masuk syurga dgn attitude macam tu. Negara ni perlukan pemimpin yg memimpin rakyat kearah kemajuan raya, bukan ke jalanraya memekik melolong macam kene polong. Blackout la, undi bangla la, sorok peti undi la tapi yg pasti anwar berahim cuma repot dakwat tak kekal. Tu pon penganut agama pas terkinja2 melompat walaupun kene tipu.

    ReplyDelete
  7. Radhi hanya round kawasan markas Pas sahaja...bukan pas sahaja yang buat dia menang orang Melayu lain pun ada bagi dia menang juga....babi punya Radhi makan duit haram

    ReplyDelete
  8. Orang yang cakap pandai selalunya tak tahu buat kerja. Sekarang buatlah kerja, jangan cakap aja pandai.

    ReplyDelete
  9. Yb dun sg rapat. Ini amanah. Banyak masaalah rakyat kena selesai. Semua dun sg rapat pergi beramai2 ke rmh yb ini. Minta bantuannya. Pasti dpt. Jangan takut.

    ReplyDelete
  10. Apa ke jadah Nye YB radhi ni round kawasan je bak kata mangkuk ayun dia atas yg dok round dgn YB kurus kering tu. Buat kerja le, mak saudara aku dok gaduh cakap dia ingat undi PAS boleh tolong dia. Si Laen anak Arwah Pak Husin dok kempen kuat dulu buat si Rahdi pun nganga bila tanya apa YB ni boleh tolong pengundi dia.

    ReplyDelete
  11. apa cerita s.r?

    ReplyDelete
  12. komen bodoh drp puak umno takde kerja lain mintak bantuan....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.