Thursday, June 6, 2013

Di Malaysia Penjenayah Lebih DiHormati Daripada Anggota Polis


Satu Malaysia kecoh apabila penjenayah yang disyaki membunuh tiba-tiba mati dalam lokap. Kononnya seluruh Malaysia simpati kepada penjenayah kes bunuh yang mati dan ada pula menyatakan satu kerugian yang amat sangat apabila seorang penjenayah ini mati.

Malah lebih malang lagi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail turut sibuk mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) menubuhkan pasukan penyiasat bagi menjalankan siasatannya berhubung kes tersebut dan menyerahkan hasil siasatan kepada jabatannya.

Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Anggota polis yang berkenaan akan dituduh di mahkamah petang hari ini, 5 Jun 2013.

Dhamendran yang berusia 31 telah meninggal dunia pada 21 Mei lalu dalam selnya semasa dalam jagaan polis di Lokap Cawangan D9 di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur).

Mendiang diberkas pada 11 Mei 2013 kerana  terlibat dalam kes cubaan membunuh yang melibatkan senjata api dan telah ditahan di bawah perintah reman dari 12 Mei 2013 sehingga tarikh kematiannya.

Berdasarkan bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei 2013, punca kematian didapati sebagai “diffused soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma”.

Tetapi samada sedar atau tidak kita tentang kematian seorang pegawai polis yang bernama 
V Divendran yang berumur 25 tahun masih muda lagi.

Dia adalah seorang Pegawai Polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul oleh samseng seperti 
Dhamendran.

Ada orang membela Pegawai Polis ini?
Ada Pakatan Rakyat ambil berat hal ini?
Ada Menteri ambil berat hal ini?
Ada Peguan Negara ambil berat hal ini?

Tetapi.. apabila penjenayah mati dalam lokap.."Semua orang kecoh satu Malaysia.

Kini di Malaysia yang paling mulia adalah penjenayah sebab itu penjenayah kini semakin ramai, semakin berani bertindak sesuka hati mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka suka.

14 comments:

  1. lepas ni harap polis takyah buat kerja teruk2, lihat saja penjenayah membuat apa saja kerana kelak pegawai dan anggota polis akan digantung sampai mati atau dbuang kerja disebab memjalankan tugas

    ReplyDelete
  2. anak kena colek cari polis, kena rogol cari polis, kena rompak cari polis, kena ragut cari polis, jalan jem cari polis...kena bunuh lagi la cari polis..memang la tugas mereka tp tak kan taada sapa-sapa yang nak membela polis! mana pak menteri? mana ngo2? kesian polis...

    ReplyDelete
  3. padan la muka polis dgn tentera sbb dia orang ni pun kebanyakkannya penyokong PKR !!

    ReplyDelete
  4. saya rasa terkilan sungguh dengan nasib kawan kawan dari PDRM. Buat kerja..salah...tak buat kerja lagi salah. penjenayah tetap kerjanya buat kerja jenyah. depa tidak dapat di pujuk macam cerita wayang gambar!!depan tidak akan mengaku bersalah walau apa cara sekali pun. lihat lah siapa idolanya, vedeo filem pun depa tak ngaku jadi pelakun, ini kan pula tiada saksi. habis tu macam mana kita harap polis buat kerja, kita mahu polis pujuk depa baik baik supaya mengaku?
    kepada kawan kawan dari PDRM, selamat bertugas untuk bangsa dan negara Malaysia tercinta. Hati hati dan waspada.

    ReplyDelete
  5. Macam kes anak Ketua Pembangkang kena tahan Imigration kat SABAH tu...
    Siap dapat hidangan KFC lagi.......
    Sempat jugak Tweet pulak tu...katanya "tak diberi makan".....

    Banyakkan pemasangan Kamera CCTV.....disetiap ruang /sudut yang sesuai..
    Untuk dijadikan Bahan Bukti Besi....
    PAS tak terima ?...biarkan mereka.....

    ReplyDelete
  6. SIAPAYG BAGI JALAN? BUKAN PAKLAH KAH? DESAKAN DEMI DESAKAN DIA TUBUHKAN SURUHANJAYA DAN SURUHANJAYA..ADAKAH IANYA MENYELURUH ? YG MENJALANKAN TUGAS PENCEGAHAN ADALAH DI PERINGKAT BALAI, APA YG ADA DI BALAI POLIS SERURUH NEGARA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK. DI SABAH DAN SWK LAGI PARAH, BALAI DAN IPD ADA YG MCM PONDOK POLIS D SEMENAJUNG ERA 50 DAN 60AN ATAU 70AN, MASIH DI TAKUT LAMA, BAGET KERAP PUTUS AJA, ELAUN BAYAR LAMBAT, MASIH LAMBAT SEHINGGA 5 BULAN, UNFANG UNDANG D PINDA ATAS ALASAN HAK ASASI MANUSIA SEBENARNYA MEMIHAK HAK PENJENAYAH BUKAN MANGSA JENAYAH. SAMPAI KAT NAJIB DIA BUANG AKTA ISA DAN EO PENCEGAHAN JENAYAH TEGAS DAN BERSENDIKIT, KENAPA LAH NAK IKUT RENNTAK PR, NIAT MEKA HANYA SATU LEMAHKAN BN DAN PERINTAH NEGARA, KENAPA MEKA SERANG POLIS BUKAN AGENSI PENGUATKUASA LAIN, SEBAB POLIS PENGUATKUASA UTAMA, ITU AJA, SATU DAN DUA KES MEKA RIBUT SATU NEGARA APA HAL, NAJIB MASIH BUTA PERUT, KITA PANGKAH BN BUKAN NYA PANGKAH NAJIB, ..HARAP MELAYU SEDAR SEBELUM TERLAMBAT, TUN M SUNYINSEBAB ANAK DA DALAT JADI MB KEDAH, APA HA DIA NAK BISING, FIKIR FIKIRKAN LAH WAHAI BANGSA KU..

    ReplyDelete
  7. Penjenayah disanjung polis dimaki.. kenapa la mentaliti manusia mcm ni???

    ReplyDelete
  8. Penjenayah didewakan polis dikenakan tindakan. Pasal penjenayahkan jaga keselamatan negara, betul tak?

    ReplyDelete
  9. ZAMAN PENJENAYAH DSANJUNG.MCM KES LAHAD DATU DH TAHAP KORBAN 10 NYAWA BARU NK BUAT TINDAKAN..!NEGARA LUAR TENGOK PUN TERGOLEK2 KETAWAKN PIHAK BERKUASA KITA MCM X ADA TELO SBB TERMAPAU MELAMPAU SGT CAMPOR TANGAN POLITIK!

    ReplyDelete
  10. Jenayah-jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia, terutamanya oleh orang asing, adalah "modus operandi" PENGGANAS penjajah Barat-Zionis, untuk menimbulkan ketakutan, kebencian pada polis dan kerajaan (terutamanya yang diterajui Melayu/Bumiputera lain dan yang beragama Islam) dan huru-hara. Ini termasuklah rompakan bersenjata, perkosaan dan pembunuhan kejam yang berleluasa serta indiket-sindiket dadah dan pornografi/pelacuran/perkosaan terutamanya yang asing, yang kemudian menyebarkan dadah dan poronogafi, secara berleluasa kepada rakyat terutamanya dari jenerasi muda yang miskin (dari semua bangsa) atau yang Melayu dan Bumiputera lain, serta yang beragama Islam. Jadi hancurlah tamadun Melayu dan Bumiputera lain, dan yang beragama Islam atau tidak, dan Malaysia terus porak peranda. Selain dari itu, DAP/PKR durjana dari pengikut Kristian Zionis lagi berupaya menghasut dengan mudah kebencian melampau kepada kerajaan yang diterajui Bumiputera dan yang Islam, bila jenayah berleluasa.

    Juga apabila mengambil dadah, lebih mudah direkrut jadi perompak, pembunuh dan perogol – jadi senanglah nak menjajah apabila jenerasi mudanya telah rosak minda dan jiwanya, agama dan adat tradisi pun teruslah melayang. Bahkan saya syak sekarang penjenayah asing ini juga dengan kejam makin mensasarkan yang Melayu/Islam termasuk melalui rompakan, merogol(termasuk kanak-kanak), pembunuhan kejam dan kemalangan jalan raya – cuba lihat kemalangan jalanraya yang semakin menjadi dan ganas terutamanya kepada orang Melayu/Islam, terutamanya penunggang motosikal . Jadi biarlah polis memberitahu siapa pemandu yang menyebabkan kemalangan. Dan pemandu yang cuai, dan menyebabkan kemalangan, harus dihukum berat dan perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa, terutamanya syarikat-syarikat pemandu lori yang ganas dan pemandu yang kaya.

    Bahkan jenayah berleluasa juga berlaku kepada negara-negara di Amerika Utara, Australia, Amerika Selatan seperti Guatamela, Honduras dan El Salvador (sekarang Venezuela, Brazil) disasarkan kerana amat anti CIA-US) dan Mexico, dan kepulauan Carribean seperti Haiti dan Afrika seperti Republik Congo, Ghana, Nigeria dan Afrika Selatan, yang telah dihancurkan dengan sindiket dadah dan fornografi/pelacuran – di mana tamadun Bumiputeranya telah semakin jatuh. Lepas itu sindiket PENGGANAS dadah dan fornografi/pelacuran tajaan penjajah Barat-Zionis makin bertumpu sekarang secara agresiv ke negara-negara Islam yang kaya minyak-gas, termasuklah sekarang Malaysia dan Indonesia.

    MAKCIK Tempurung.

    (PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).

    ReplyDelete
  11. Untuk menyelamatkan Malaysia kita ini Najib mesti disingkirkan. Ganti dengan Tan Sri Muhiyudin sebagai Presiden baru UMNO. Ayuh !! Sama sama kita kotakan.

    ReplyDelete
  12. Tak PELIK dengan apa yang diamalkan di Malaysia hari ini...

    Di Tebing Barat...IRAQ/Palestine...kanak kanak berselindung disebalik bangunan/runtuhan bangunan....

    Di Malaysia..iba-bapa bawa anak-anak mereka ke Perhimpunan Haram..
    Untuk dijadikan BENTENG .....Seharusnya Ibu-Bapa melindungi anak-anak mereka....tetapi perkara yang sebaliknya berlaku....

    Belum dengar sebarang Kes Dakwaan ke atas mereka2 ini.....

    ReplyDelete
  13. Byk kecelaruan dlm bidang penguatkuasaan negara adalah dr pjbat peguam negara yg mpunyai ketua yg dah trlalu lama sgt brkhidmat dn kdg2 ada tindakan serta kputusan yg dibuat cukup mloyakn..

    ReplyDelete
  14. Bayangkan kalau penjenayah yg di tangkap bersama dgn senjata ini tidak ditangkap, tentu sekali dia sedang melakukan misi membunuhnya dah hingga ke hari ini entah berapa yg telah di bunuhnya. Pihak Polis di tegah menembak penjanayah yg pegang atau acukan senjata kearah polis kecuali bila penjenayah dah lepaskan tembakkan. Bila POLIS yg dah kena tembak jatuh mati barulah POLIS lain boilih tembak....kelakrnya.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.