Saturday, June 1, 2013

Johor Darul Takzim mara, jumpa Kelantan pada final Piala FA


Johor Darul Takzim mara ke final Piala FA walaupun terikat agregat 2-2 dengan Pahang, namun pasukan itu layak kerana kelebihan satu jaringan di tempat lawan dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam ini.

Johor Darul Takzim akan bertemu Kelantan pada perlawanan akhir.

Perlawanan malam tadi, berkesudahan Pahang menang 2-1. Namun, Johor Darul Takzim mara ke final selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama di tempat sendiri di Johor Bahru sebelum ini.

Pertemuan kedua-dua pasukan pada malam ini diadakan di stadium berkecuali berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu.

1 comment:

  1. Kesian Pahang, agaknya kesialan org Pekan tak hilang lagi.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.