Saturday, June 29, 2013

Pas Terdesak Pujuk UIA jadi calon Dun Kuala Besut


Desas desus mengatakan bahawa Pas akan meletakkan calon yang paling popular iaitu Ustaz Azhar Idrus semakin kuat. 

Inilah manusia yang ketika ini yang paling mencuri tumpuan apabila Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang ura-uranya bakal dicalonkan PAS untuk bertanding disitu. Kebetulan, UAI adalah anak jati Terengganu, walaupun tidak berasal dari daerah Besut.

Tapi yang penting, Besut terletak dalam negeri Terengganu dan Azhar Idrus berasal dari negeri berkenaan.

Pencalonan UAI ini (kalau benar) memang satu berita yang sangat kita nantikan. Cuma masalahnya, UAI tidak berminat pun dengan politik, malah menolak untuk bertanding dalam PRU13 yang lepas atas tiket PAS, atas alasan yang beliau sendiri sahaja faham.

Menurut sumber yang dekat dengan penceramah popular tersebut lagi, UAI tidak mahu menerima nasib yang sama seperti beberapa orang penceramah sebelumnya yang hilang karisma, hilang mata pencarian setelah menceburkan diri dalam politik.

Antara yang dimaksudkan ialah Ismail Kamus, Harun Din dan beberapa orang yang lain lagi.

Itupun kalau menang, kalau kalah? Sumber yang sama turut mengatakan UAI beranggapan dia tidak mampu untuk pergi lebih jauh dalam politik dan lebih selesa mencari makan dengan berceramah ke seluruh Negara.

Begitupun, beberapa pimpinan tertinggi PAS Terengganu dan Pusat, dikatakan telah mengatur perjumpaan beberapa kali dengan UAI untuk memujuknya menjadi calon PAS di Kuala Besut, berikutan kawasan tersebut yang terkenal sebagai kubu kuat UMNO.

PAS mengharapkan kepada populariti UAI untuk setidak-tidaknya mengurangkan majoriti 2,434 yang diperolehi Allahyarham Dr. Rahman dalamPRU13 yang lepas. Bagaimanapun, perkara itu (mengurangkan majoriti BN) juga bermaksud UAI dipaksa menghadapi kemungkinan untuk kalah.

Cuma persoalannya sekarang, adakah UAI bersedia mengorbankan statusnya sebagai penceramah terkenal untuk semata-mata mengurangkan majoriti BN (bersedia untuk kalah)?

Pas kini terlalu terdesak kerana mati-mati mahu menang dalam PRK Dun Kuala Besut kerana mereka memikirkan mereka mampu mengambil tampuk pemerintahan kerajaan negeri Terengganu.


Apa pun kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.

2 comments:

Anonymous said...

no komen

Anonymous said...

senang aje nak pujuk UAI tu ...

SEDIAKAN UTKNYA BINI NO. 4.

tengok nanti bila dia ceramah, gerenti ketawa panjang punya!

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.