Tuesday, June 4, 2013

Pegawai media sosial Dato Tajul Urus maut nahas


Pegawai media sosial kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain iaitu Meor Johari Meor Ahmad, 37, maut manakala rakannya, Rizuan Hashim, 37, cedera setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Slim River, Perak awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika mangsa menaiki kereta Toyota Harrier milik majikannya itu untuk urusan kerja dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

Tajul Urus berkata, Meor Johari yang memandu kereta itu dan ditemani Rizuan keluar dari Sungai Petani lewat malam tadi.

"Mereka dijadualkan sampai di ibu negara pagi ini untuk urusan kerja. Saya tidak pergi bersama kerana ada urusan lain di Sungai Petani.

"Saya dimaklumkan bahawa kereta milik saya yang dipandu Meor Johari itu terbabas sebelum terbalik beberapa kali. Dia yang cedera parah di bahagian kepada meninggal dunia di tempat kejadian sementara Ridzuan hanya mengalami kecederaan ringan,'' katanya kepada pemberita di sini.

Tajul Urus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai memberitahu, Meor Johari meninggalkan seorang isteri dan enam anak berusia antara 10 bulan hingga 11 tahun.

"Dia merupakan seorang petugas yang berdedikasi sejak berkhidmat dengan saya pada tahun 2009,'' katanya.

Jenazah Meor Johari dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Peruda petang ini.

2 comments:

  1. Sedih bila banyak kemalangan begini sering berlaku. Selalunya dari lori-lori yang pandu laju - yang menyebabkan ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta terbunuh dengan amat memilukan. Kebanyakan penunggang motosikal adalah orang susah.

    Maka kerajaan mesti mengenakan undang-undang yang amat berat kepada pemandu-pemandu kenderaan berat yang cuai yang menyebabkan kemalangan kepada orang lain, dan syarikat-syarikat mereka mesti memberi pampasan (tetapi yang bukan macam kacang), kepada keluarga-keluarga mangsa. Mesti juga ditubuhkan kerajaan bahagian guaman khidmat percuma (legal aid)yang lebih agresiv, berkesan dan penuh simpati (kepada mangsa terutamanya orang miskin) untuk mangsa-mangsa kemalangan, jenayah dan kemalangan tempat kerja, bukan hanya untuk mendapatkan keadilan hukuman tetapi juga pampasan - bayangkanlah penderitaan keluarga yang bergantung hidup kepada mereka, terutamanya anak-anak dan ibubapa yang tua, dari rakyat Malaysia atau yang bukan.

    MAKCIK Tempurung.

    ReplyDelete
  2. lebuhraya sebenarnya terlalu sempit jika diperhatikan jarak tepi jalan dengan pengadang lebih kurang 3 kaki sahaja. jika sedikit terbabas kereta akan melanggar pengadang jalan...tak bolekah jalan dibuat luas sedikit ditambah jarak tepi jalan dengann pengadang

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.