Wednesday, June 5, 2013

Pemimpin Umno Usah Bongkak Dan Riak Jika Mahu Menang PRU14


Pemimpin UMNO dulu memang cukup hebat, hebat kerana mereka berjuang habis- habisan demi nama Islam dan bangsa Melayu. Kerana UMNO lah juga lahirnya orang Melayu ataupun keturunan Melayu itu maka Islam agamanya. Itu perjuangan pemimpin UMNO terdahulu dalam memartabatkan Islam dan juga Melayu. Pemimpin UMNO hari ini?

Cakap cakap ramai orang terutamanya politik cerita kedai kopi lebih kepada perihal orang UMNO yang masuk UMNO demi meraih projek dan jawatan. Tidak lagi seperti pemimpin UMNO terdahulu yang menyertai UMNO demi membela Islam dan Melayu. Bukan sahaja orang tua yang bercakap perihal ini malah diwaktu ini juga ramai anak muda muak dengan sikap orang UMNO yang kejar projek berbanding membela Islam dan Melayu. Relevan lagi kah parti UMNO ini untuk menjadi dahan buat orang Melayu berpahut?


Menurut blog kelab Che Det:

Kenapa UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair? UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.
Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. 

Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

Pada Tahun 2008 sejumlah 3000 ahli telah dibuang oleh individu tertentu daripada senarai ahli Umno kerana dikhuatiri tidak menyokong beberapa ketua bahagian di kawasan masing-masing.Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.
Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan berbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.
Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

Jika kita lihat waktu sekarang ketua-ketua cawangan dan Bahagian adalah terdiri daripada mereka yang menjangkau umur 60 tahun.Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.
Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

Saya katakan UMNO sememangnya Relevan yang tidak relevan adalah parasit didalam parti yang merosakan imej parti dengan sikap ego dan hipokrit mereka. UMNO adalah sebuah parti dan pemimpinya datang dan pergi. Gugurnya pemimpin maka lahir lah pemimpin baru bagi mnggalas tugas yang menjadi amanah buat orang Melayu namun waktu ini amat sedikit pemimpin UMNO yang benar benar membela Melayu. 

Pemimpin UMNO yang ada perlu kembali kepada landasan perjuangan yang sebenar. Perlu kembali kepada asas perjuangan iaitu Islam dan Melayu dan bukannya mahu menjadi jaguh kepada bangsa lain berbanding bangsa Melayu sendiri. Kembali kepada pekara pokok iaitu Melayu itu keutamaannya. Apakah pemimpin UMNO lupa bahawa duduk mereka dikerusi empok adalah kerana ehsan orang Melayu sendiri?

Keputusan Pilihanraya ke 13 lalu menyaksikan UMNO kekal berkuasa kerana undi dari orang Melayu dan juga Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bagaimana Pilihanraya ke 14 kelak jika undi Melayu tidak pergi kepada UMNO? Berubahlah sebelum rebah wahai pemimpin UMNO yang masih lagi selesa dengan watak bongkak dan sombong.

Dipetik daripada blog Kelab Chedet 

6 comments:

  1. Presiden kena tukar dulu baru ada peluang nak menang.

    ReplyDelete
  2. aku sokong anon datas seribu persen.jd ketua lembik!

    ReplyDelete
  3. Kenapa harus tukar Presiden, Siapa lagi yang lebih baik daripada DS Najib

    ReplyDelete
  4. Pimpinan umno oerlu sedar bahawa, umno sekarang ibarat seekor gajah yang cedera parah,jika tidak dirawat sebaiknya,akan melarat.Masa sekarang bukan utk memperjuangkan kepentingan diri dan geng saja. Rakyat perlu diutamakan dlm segenap aspek dan perlu tunjuk keikhlasan utk membela agama bangsa dan negera.

    ReplyDelete
  5. Kepada ahli UMNO yang memegang jawatan dalam parti: dari ketua cawangan hngga ke Majlis tertinggi. Ubahlah sikap, kita ada 5 tahun lagi untuk membetulkan keadaan. Jangan disebabkan kesilapan dan keangkuhan kita hari ini jenerasi akan datang akan merana. Berjuanglah pada landasan yang betul.

    ReplyDelete
  6. saya sokong sgt sgt..umno tidakkan relewan lagi kiranya mengamalkan sikap2 ini..
    1-rasuah-bukan berlaku pada orang2 atas umno aje tetapi berlaku pd pemilihan ketua cawangan dan ketua bahagain.mereka selalunya memberi rasuah dgn cara karoke,,minum dan perempauan kiranya menang..adakah ini baik utk diamalkan.
    2-semua orang2 atas dimonopoli olih suku sakat keluaga-pengerusi dan sampai ke ajk semua orang yg ada kaitan..demokrasi gila.
    3-kaum cerdik pandai dan punyai banyak idea dicantas dan diketepikan..
    4-peruntukkan kpd ketua cawangan dan bahagian upama projek klas f telah menyebabkan mereka berebut2 untuk kaya sampai tugas asal terabai.
    ini adalah pengalaman saya..akhirnya saya terpaksa cari tempat untk menjadi ahli umno..tolong hapuskan segera amalan yg telah lama berlaku ini demi melayu.islam dan negara.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.