Tuesday, June 11, 2013

Penduduk Dipaksa Bayar RM20 Untuk buat Jamuan YB Pas Turun Padang


Sungai Rapat Online agak terkejut dengan fenomena ini apabila Pas mempergunakan rakyat yang mengundi mereka demi kepentingan periuk nasi YB Pas. 

Ramai penduduk Taman Desa Pelancongan merungut dan ada yang tidak mahu bising-bising apabila mereka dipaksa oleh wakil calon Adun Pas Sungai Rapat yang baru memenangi PRU13 atas undi Cina untuk membayar RM20 bagi membuat jamuan YB turun padang minggu lepas.

Beberapa penduduk mula gelisah apabila wakil calon pergi dari rumah ke rumah untuk mengutip duit tersebut.

Penduduk berkata, menurut wakil calon tujuan kutipan wang sebanyak RM20 setiap rumah adalah untuk membuat jamuan bagi meraikan program turun padang yang akan dibuat oleh YB Radhi Zainon yang berjaya memenangi PRU13 dengan undi cina.

Dalam masa yang sama program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Adun baru kepada penduduk-penduduk Taman Desa Pelancongan.

Menurut seorang penduduk di Taman Desa Pelancongan yang tidak mahu dikenali beliau langsung tidak berpuashati dengan cara Pas untuk memperkenalkan Adun mereka kerana penduduk yang dibebankan dengan mengeluarkan wang saku mereka dan tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

Jika Adun sebelum ini sanggup mengeluarkan wang gaji atau duit poket mereka sendiri semata-mata untuk bertemu penduduk tetapi sebaliknya yang berlaku setelah masyarakat ditipu dengan berbagai isu yang direka kini rakyat dibeban semata-mata untuk bertemu dengan Adun Pas yang menang dengan undi Cina.

Nasib baik ada cina dan ditambah pula beberapa sabotaj yang dilakukan oleh pengkhianat Umno jika tidak Adun Pas tidak akan merasa jadi Adun.

Difahamkan juga Taman Desa Pelancongan merupakan kubu kuat pakatan pembangkang apabila cawangan Umno Taman Desa Pelancongan langsung tidak bergerak untuk mendekati penduduk malah yang lebih menyedihkan apabila perangai ketua cawangan Umno Taman Desa Pelancongan juga tidak disenangi oleh penduduk.

Menurut sumber pada PRU13 yang lalu berlaku beberapa sabotaj berlaku dikalangan ketua cawangan dan ahli Umno sendiri yang telah dibayar oleh individu tertentu supaya tidak mengundi calon BN.

Susah untuk dibuktikan kerana mereka ini cukup licik bergerak dan sabotaj hanya berlaku dikalangan ahli umno yang dipercayai sahaja.

12 comments:

  1. Nama jer Desa Pelancongan tapi penuh tahi anjing kalau tak percaya jom pegi tengok. masa Adun BN dulu sudah buat beberapa gotong-royong tapi sifat pengotor penduduk Taman ini yang suka taman perumahan mereka dipenuhi tahi anjing

    ReplyDelete
  2. Kawasan yang mana umno kalah yang ada jawatan dalam umno kena letak jawatan dan diadakan pemilihan semula.

    ReplyDelete
  3. PADAN MUKA ORG DESA PELACURAN TU, SOKONG SANGAT PAS

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. padan muka... padan muka... RM20jer, lain kali buat jamuan lagi, bayar jer la

    ReplyDelete
  5. Rumah di sana macam rumah setingganpun ada. Tak sesuai langsung dengan nama Desa Pelancongan. Tak heranla kalau PAS menang sebab tempat orang pengotor memang undi PAS.

    ReplyDelete
  6. PADAN MUKA si pengkhianat yang undi PAK TEMBELANG pembangkang ini! SIAPA SEBENARNYA YANG BODOH MACAM UNTA dan KALDAI?

    MAKCIK Tempurung.

    (PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAPigs/PKRats durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).

    ReplyDelete
  7. nak dengar ceramah kena derma paksa, nak minum/makan bersama yb pun kena bayar.. wah.. untungnya jadi yb pas, semuanya free yg kena bayar dan tanggung macai2 dibawah.. semakin mewah lah yb2 pas ni..
    dalam pas.. bukannya pemimpin yg berkerja utk rakyat tapi rakyat yg berkerja utk pemimpin.. takebeerr, pas for all

    ReplyDelete
  8. apa penduduk terdiri dari zombies ke? Kalau maknusia ,janganlah bayar kalau tidak setuju tanpa merasa segan2 atau takut!

    ReplyDelete
  9. AKU CUMA NAK CAKAP ...PADAN MUKA HANGPA PENGUNDI PAS SG.RAPAT !! PADAAAN MUKAAAA !

    ReplyDelete
  10. Slm mohon dipautkan Blog Tasek Gelugor Portal... Blog tuan telah pun dipautkan...

    ReplyDelete
  11. haha, bayar? hangpa takyah nak menipu. Buat cerita karut marut, ambik citer tepi jalan entah mana sumber.

    ReplyDelete
  12. Padan muka korang sape suruh pangkah PAS sekarang bkn membela rakyat.....tetapi dibela rakyat.....haaaahaaaa nasib2.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.