Wednesday, July 31, 2013

Bahang Perebutan Ketua Wanita Umno Malaysia Semakin Panas


Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bekas Setiausaha Puteri UMNO Malaysia yakin ramai bekas pimpinan serta ahli ahli Puteri yang kini sudah berada dalam kelompok Wanita UMNO akan memberikan sokongan padu kepada bekas Ketua Puteri sewaktu mula mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menang pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan tahun ini.

Bibi yang juga merupakan bekas ADUN Paroi memaklumkan bahawa rakan rakan bekas Exco Puteri sudah pasti akan menyokong Azalina, bekas Boss mereka untuk menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Diantara mereka adalah seperti Noraini Ahmad, Mastina Abdul Hamid, Rosnah Rashid Shirlin, Azlina Mehtab, Nora Azmin Radzuan, Norasmah Nawawi dan ramai lagi yang kini sudah pun secara otomatik menjadi ahli Wanita UMNO atas dasar yang dibuat oleh Dato Seri Sharizat sendiri. Sedangkan ketika pemerintahan Rafidah Aziz Puteri dilarang memasuki kelompok wanita.

"Kami yakin dengan kepimpinan Azalina. Lihatlah betapa kuatnya Puteri UMNO suatu ketika dahulu..." jelas Puan Sri Bibi yang ditemui dalam majlis Iftar FELDA di Dewan Perdana Kuala Lumpur semalam.

Apabila diajukan soalan apakah ada peluang untuk Azalina menang, maka ini jawapnya,

"Biasalah adat pertandingan, dah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Azalina got nothing to lose kalau dia tewas tapi kalau dia menang.., its bonus for her, we never know"

"Ramai juga dikalangan Ketua Wanita Bahagian pun dah bagi signal pada Azalina untuk bertanding dan mereka akan sokong untuk perubahan kepimpinan..." tambah Bibi lagi dengan penuh yakin.

4 comments:

  1. Zack Ahmad KeychainJuly 31, 2013 at 6:44 PM

    Tengoklah dulu dia menang ker tidak dlm mesyuarat agong wanita pengerang. Jangan sampai kena mandi dengan Wanita Pengerang. Dia orang dah muak....

    ReplyDelete
  2. Zack Ahmad KeychainJuly 31, 2013 at 6:46 PM

    Kalau tak kerana Bibi, korang rasa dia jadi calon lagi tak di Pengerang. Orang Pengerang dah mula sebarkan ABA... Asal bukan Azalina untuk jawatan Ketua Bahagian..

    ReplyDelete
  3. Dia pun bukan perempuan sebenar

    ReplyDelete
  4. Kenapa azalina nak bertanding ketua wanita? kenapa tak bertanding sebagai naib presiden? Nak jadi wanita UMNO kena berperangai macam wanita terlebih dahulu bukan mcm XXXXXX.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.