Wednesday, July 24, 2013

Inilah Salah Seorang Penyokong Pas Yang Membuat Provokasi Di SMK Kuala Besut


Seperti yang dimaklumkan tadi beberapa penyokong Pas telah membuat gangguan du pusat pembuangan undi di SMK Kuala Besut dimana terdapat ramai penyokong BN mengundi di Pusat ini.

Mereka bukan sahaja menari-nari dalam kawasan larangan malah memaki hamun pihak polis apabila diminta bersurai.

Malah yang dikesalkan apabila penyokong taksub Pas terdiri daripada warga emas.

Adakah ini sebuah parti Islam yang dimahukan oleh PAS. Mereka sering menuduh Umno dengan berbagai tuduhan sedangkan perangai mereka lebih teruk dari budak-budak.

Kenapa harus buat provokasi sedangkan provokasi itu hanya akan mencetuskan ketegangan dan seterusnya pergaduhan. Kan lebih elok sokong secara tertib seperti yang diajar olah Agama Islam.

Setakat jam 10am peratus keluar mengundi setakat ini sebanyak 31 peratus atau 5,147 orang. Jika dicampur dengan undi awal sebanyak 911 orang, jumlahnya menjadi 34 peratus (6,059 orang).

6 comments:

  1. itu dinamakan Islam luaran, di'dalam'nya tidak ada penghayatan Islam langsung - budaya/agama Islam politik.

    ReplyDelete
  2. Pesakit mental ni...aduii mcm ni punyer orang mmg la sokong puak2 x boleh berfikir..same la level mindanya tu..

    ReplyDelete
  3. Tak perlu buat provokasi pun pengundi tahu siapa yang layak perlu dipilih.....alamak pakai gigi palsu

    ReplyDelete
  4. Ni akibat penangan ceramah pemimpin2 parti politik PAS dan pengaruh bawaan Harakah yg bertimbun kat dalam rumah. Itu yang cakap tak serupa bikin tu.

    ReplyDelete
  5. Kesian rakyat luar bandar jadi mangsanya.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.