Sunday, July 21, 2013

Jangan Pecahbelahkan Wanita Umno- Shahrizat


Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jangan ada sesiapa yang cuba pecahbelahkan keharmonian wanita Umno setelah sekian lama beliau pupuk sejak mengambilalih daripada Ketua terdahulu Tan Sri Rafidah Aziz.

Semasa beliau mula mengambilalih keduduk wanita jauh ketinggalan dimana Tan Sri Rafidah Aziz bukan sahaja bergerak dalam satu kumpulan tertentu sahaja malah bekas puteri dan ketua puteri termasuk Azalina Osman Said tidak dibenarkan menyertai wanita Umno.

Apabila beliau mengambilalih beliau terima semua puteri-puteri umno yang tiada tempat berteduh dalam politik. Ini menunjukkan keperhatinan beliau dan keikhlasan beliau menjaga hak-hak wanita.

Kini beliau akan dicabar oleh wanita yang dahulunya tida tempat bergantung dan diberi berteduh di bawah payung wanita umno.

Bukan itu sahaja mereka lebih rakus dengan cuba membawa masuk elemen-elemen negatif ke dalam pergerakan Wanita sehingga berlaku mampu berlakunya perpecahan.

Beliau seterusnya memberi kata dua kepada pihak berkenaan agar jangan cuba membawa unsur-unsur keretakan, pergolakan dan perpecahan antara sayap Puteri dan Wanita UMNO.

Malah katanya, kempen cara demikian tidak akan membawa keuntungan kepada parti, sebaliknya akan wujud tiga puak iaitu Puteri, bekas Puteri dan Wanita, selain tiada keberkatan bagi parti.

"Saya gembira bila dengar ada yang nak tanding, saya alu-alukan. Tapi saya minta satu saja, tak kira sesiapa saja termasuk Azalina, kalau nak bertanding biarlah cara baik.

"Jangan bawa masuk elemen dan bibit-bibit perpecahan dalam Wanita UMNO. Saya tak nak tengok ada kumpulan bekas Puteri masuk dan bertembung dengan Puteri dan Wanita," katanya.
Shahrizat mengulas hasrat Azalina untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO yang disandangnya itu pada pemilihan pergerakan parti itu nanti.

Shahrizat seterusnya berkata, adalah tidak manis sekiranya wujud unsur-unsur perpecahan seumpama itu kerana secara jelas merosakkan hubungan Wanita dan Puteri, umpama hubungan ibu dan anak.

"Kita nak minta Azalina atau siapa saja yang nak kempen agar jangan ada perpecahan antara Puteri, bekas Puteri dan Wanita.

"Ini tak cantik kerana akan bawa perpecahan dan perbalahan antara ibu dengan anak, ini tak berkat," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau bersedia bermuzakarah atau berbincang dengan Azalina tentang perkara itu, Shahrizat berkata, beliau tiada masalah dan sentiasa terbuka untuk berbuat demikian.

"Saya terbuka, kita satu keluarga dan Azalina macam anak saya sendiri. Cuma saya minta dia berhati-hati masa berkempen, takut boleh bawa perpecahan," ujarnya.

2 comments:

  1. Sudahlah orang tak mau dah undurlah bawa Najib,Nazri,Hishamuddin,KJ serta puteri semuanya kerana tak relevan serta merugikan orang melayu.

    ReplyDelete
  2. Pembangkang memanglah suka sebab wanita jadi penghalang kemenangan mereka

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.