Monday, July 22, 2013

Kes Anwar liwat II: Anwar bantah pelantikan Shafee


Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membantah pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu setelah kes itu yang ditinggalkan tergantung oleh Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang belot memasuki Tim Anwar Ibrahim.

Prosiding yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan ekoran ketua peguam bela, Karpal Singhlebih dahulu mengambil cuti sakit.

Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ramli Ali kemudian memberitahu peguam Ramkarpal Singh untuk membangkitkan perkara itu ketika prosiding berlangsung.

Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa".

Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Ogos.

1 comment:

  1. Apa yg pk syeikh melalut ni? musuh peribadi ke, pengawal peribadi ke > tu bukan isu.

    Isunya skrg dia takut dgn pendakwa yg berintegriti dan bermaruah.

    Mana perginya integriti karpal?

    Kuasa dan politik punya pasal, dia pun dah se kapal dgn anwar. Tak kn dia org berdua ni lupa peristiwa dewan rakyat 1997 dan PENGAKUAN BERSUMPAH AZIZAN ABU BAKAR!!

    Kpintaran dan kzaliman ko org berdua ni tk k mana!! Akhirnya mereka yg dizalimi akn dpt jua pembelaan.

    Takbirrr!!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.