Tuesday, July 16, 2013

Khalid Kalah Kes. Makamah Arah Bayar RM20,000 kepada Dato Hamidah


Khalid Samad kalah dalam saman fitnahnya terhadap Dato' Hamidah Osman berhubung tuduhan kononnya Dato Hamidah memfitnahnya dengan menyiar gambar teknik tindih yang menunjukkan beliau seperti paderi Kristian.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah bagaimanapun, menolak saman dengan kos terhadap Khalid kerana gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.

Mahkamah juga mengarahkan Khalid membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Hamidah.

Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan plantif yang mengatakan artikel itu yang diterbitkan oleh defendan adalah fitnah adalah satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan.

Selain itu, katanya Khalid juga cuba mengemukakan suatu dokumen palsu seolah-olah itu dokumen sebenar  daripada laman web yang yang tidak diketahui.

Malah menurut beliau, tidak terdapat dalam artikel terbabit mengenai apa yang boleh dirujuk secara literal dan maksud biasa bahawa Khalid merupakan seorang yang murtad atau apa-apa yang berniat untuk merendah-rendahkan reputasi Khalid seperti yang didakwa oleh Khalid.

"Justeru mahkamah dapati defenden tiada niat untuk memfitnah plantiff hanya mengulas dengan ikhlas " katanya.
Bagaimanapun Hashim tidak membacakan penghakimannya itu pada prosiding keputusan itu dalam mahkamah.

Khalid menyaman Dato' Hamidah pada 23 Disember 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar Khalid yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid sebagai plaintif mendakwa, gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.


Kini terbukti sudah akhirnya Allah menunjukkan kebenaran terhadap keihlasan Dato Hamidah dan seterusnya membuktikan Khalid Samadlah yang memfitnah Dato Hamidah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Iklankan produk dan perniagaan anda di

    www.produkmuslim.info

    Daftar segera ia percuma

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. http://wubra.blogspot.com/2013/07/air-mineral-perasa-kubur-cina.html

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.