Wednesday, July 31, 2013

Malang Buat Azlina 90% Wanita Umno Tak Sokong Beliau Sebab Beliau Bukan Kalangan Wanita Sejati

Foto Dari Blog Parpukari
191 bahagian Wanita Umno akan memberi 90 peratus sokongan kepada Shahrizat sekiranya berlaku pertandingan Ketua wanita Umno Malaysia.

Dalam tinjauan yang dibuat  menunjukkan bahawa akar umbi Wanita Umno lebih menyukai calon yang mempunyai "pengalaman sebagai wanita, ibu, isteri dan serta mempunyai sifat keibuan dan pengalaman cabaran dalam menguruskan rumah tangga".

"(Mereka) beranggapan bukan sahaja politik tetapi juga mempunyai kefahaman daripada pelbagai aspek seperti kekeluargaan, spiritual dan emosional. Bukan fizikal dan (faham) politik semata-mata.

"Kalau tidak ada kriteria itu, agak sukar untuk menyaingi dan memenangi (jawatan tersebut), sebab Wanita Umno memilih kriteria itu," katanya.


Pendek kata kalau perempuan tak serupa perempuan dan lebih mirip kejantanan agak susah untuk Azlina menyaingi Shahrizat

Sokongan 90 peratus di kalangan 191 bahagian Wanita akan membuka peluang kepada Shahrizat bagi memenangi dalam pemilihan sayap parti itu September ini berbanding 10 peratus yang didakwanya tidak memihak kepada Shahrizat.

Mereka mungkin saki baki daripada kuncu-kuncu Tan Seri Rafidah Aziz yang masih kekal dalam Barisan Kepimpinan Dato Seri Shahrizat.

Dato Seri Shahrizat sebenarnya tidak pernah mana-mana individu yang ingin bertanding cuma beliau agak risau keakraban, kerhamonian dalam wanita akan hancur akibat provokasi dan kata-mengata yang agak melampau.

Shahrizat perlu menang sepenggal lagi untuk memantapkan Wanita dan beliau akan meninggalkan satu legasi untuk diteruskan (selepas itu) dalam keadaan yang mantap.

14 comments:

  1. Memang betul pun dia bukan perempuan sejati , di bagahiannya pun ramai dah naik benci tunggu nak jatuhkannya sahaja

    ReplyDelete
  2. Memang dikatakan ramai menyokong dia dari bekas ahli puteri, sanggup menutup mata, mulut dan telinga tentang cerita bekas ketua mereka. Rasionallah jangan perjudikan parti utk kepentingan individu tertentu. Ini bibit penyebab parti keramat dibenci lawan malah ahli parti sendiri

    ReplyDelete
  3. Apakah sudah ketandusan pemimpin WANITA UMNO hingga masih mahukan Sharizat yang terang lagi bersuluh mempunyai skandal tentang suami dia yang mendapat gran dari kerajaan dan menyalahgunakan nya. Tambah pula ketika itu Sharijat masih memegang jawatan menteri. Bukan saya kata Sharizat telah melakukan kesalahan tetapi dalam aspek moral seorang pemimpin maka Sharizat seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawap atas apa yang dilakukan oleh suami beliau. Maka itu WANITA UMNO seharusnya mencari seorang pemimpin yang lain untuk menerajui WANITA. Ingat lah wahai kaum ibu...UMNO sekarang sudah tidak mempunyai tempat dihati orang melayu. Semua ini adalah kernan sikap pemimpin2 UMNo yang rakus dalam mengambil kekayaan negara biar gan cara yang betul maupun cara yang salah. cari lah seorang pemimpin baharu yang bersih dari skandal, yang mempunyai watak yang boleh diterima oleh semua lapisan pengikut. Dan yang paling penting adalah yang mencerminkan seorang wanita islam dalam segi pemikiran penampilan diri tuturkata dan juga keluarga.

    ReplyDelete
  4. Tapi sume terlepas pandang dengan Timbalan Menteri dari kem Rafidah dulu..pena jugak jadi Ketua Wanita UMNO Johor...dan juga lagi satu Menteri Kebajikan Masyarakat

    ReplyDelete
  5. Saya agak tak sependapat dengan Pak Ulong, kita perlu tahu NFC bukanlah skandal...itu hanyalah niat murni kerajaan untuk menyekat monopoli cina dalam mengimpot daging halal. Sehinggakan orang Islam ditipu dengan daging kerbau dikatakan daging lembu. Kadang-kadang umat Islam makan daging yang tidak disembelih. Untuk menyekat perbuatan durjana itu maka kerajaan melatik NFC sebagai satu satu saingan baru yang diberi pinjaman sejumlah RM250 juta.

    Agak malang perkara ini dihidu oleh seorang cina yang bekerja dalam syarikat NFC. Demi untuk mempertahan kaumnya beliau menyalin semua dokumen dan diberikan kepada pembangkang dengan upah yang tertentu. Agak malang lagi orang2 umno sendiri pun percaya ada penyelewengan tetapi pada dasarnya hanya untuk menyekat monopoli kaum cina.

    RM250 juta bukannya percuma NFC perlu bayar dengan 2% setahun kepada kerajaan.

    Jika nak dikorek hampir semua pemimpin Umno ada penyelewengan cuma belum sampai masa dan ketikanya sahaja...Khairy pun ada kes

    ReplyDelete
  6. Bila DAP angkat wakil pondan di P.Pinang, UMNO bising tapi secara tak sedar kita juga angkat tomboi mewakili kaum wanita...TAK SESUAI...!!!

    ReplyDelete
  7. NFC tu skandal la. apa pulangan pada masyarakat? bagaimana melayu mendapat faedah? kenapa dituduh cina yang bawa masuk daging kerbau? bukan kementerian kesihatan memantau import daging? kementerian kesihatan ti orang cina punya ke? tepat semua pemimpin ada kes, tapi kita masih mengharap pada mereka tanpa mengira bahana yang menanti kita. tahniah 50tahun UMNO.

    ReplyDelete
  8. mudan, kalau projek nfc tu berjaya tanpa dikacau oleh petualang politik yg sengaja menangguk di air keruh, maka benifit kepada melayu dan Islam ialah dapat beli daging lembu yg halal, bersih dan bukan import (yg belum tentu bernama lembu). soal lain, cari jawapan sendiri.

    ReplyDelete
  9. Dah tak de pemimpin lain ke?

    Kena pilih antara pembantu pencuri lembu halal atau LBGT saje ke?

    Ngapa Rosmah tak layak? Dia ok, kan?

    ReplyDelete
  10. sebelum pru13 menteri kesihatan adalah cina....macam-macam hal bisnes dia buat.

    ReplyDelete
  11. kerajaan pr selangor ada banyak scandal tapi korang pandang sedap saja.....dap di penang penyamun besar tapi sebelah matapun korang tak jeling.macam bagus sangat kerajaan korang ye.....

    ReplyDelete
  12. Saya tetap pilih wanita sejati

    ReplyDelete
  13. Bolehkah si tomboi memimpin wanita yang bergelar isteri

    ReplyDelete
  14. jangalah kata orang Tomboi le....itu adalah seorang yang cergas..kita perlukan seorang yg cergas...bukan macam nenek...abisle UMNO kalo asik dipimpin oleh datuk dan nenek yang tua...aku support Azlina...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.