Wednesday, July 24, 2013

Pusat Pembuangan undi di Pulau Perhentian Telah ditutup 3 petang


Pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Pulau Perhentian di sini ditutup pada 3 petang ini.

Penduduk pulau perangian terkenal itu mengundi di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian yang dibuka pada pukul 8 pagi.

Pusat pengundian itu ditutup dua jam lebih awal berbanding tujuh lagi pusat pengudian lain di sekitar Kuala Besut.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon Pas, Endot@Azlan Yusof.

PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil itu diumumkan selepas 10 malam ini bagi memberi peluang kepada pemimpin dan penyokong parti bertanding menunaikan solat Tarawih.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.