Wednesday, July 24, 2013

Semua Pusat Pengundian telah ditutup 79.76% keluar mengundi


Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup pada jam 5 petang ini. 

Pusat pengundian itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut;

Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut; SK Alor Peroi; SK Kampung Nangka, SK Kampung Nail, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri.

Pusat pengundian di Pulau Perhentian iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian ditutup pada 3 petang. Kesemua pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Keputusan rasmi PRK Kuala Besut dijadual diketahui selepas pukul 10 malam ini bagi memberi peluang kepada pemimpin serta penyokong parti bertanding menunaikan solat Tarawih.

Sementara itu sehingga jam 5 petang menyaksikan seramai 13,188 pengundi atau 79.76 peratus sudah keluar mengundi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.