Wednesday, July 24, 2013

Terkini: Penyokong PAS Kelantan Bertindak menahan kereta bawa timb pengerusi SPR


Lebih 100 penyokong parti PAS yang didapati datang dari luar Kuala Besut bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Kuala Besut hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke Kuala Besut.

"Kereta yang digunakan memang tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

2 comments:

  1. Menate Beruk betullah penyokong Pas

    ReplyDelete
  2. Tentu ada undang undang yang bolih di gunakan kepada beruk beruk ini, seperti merusuh atau menhalang penjawat awan menjalankan tugas.Apa tunggu lagi tangkap dan seret mereka terlibat ke balai berdekatan atau siarkan gambar mereka di muka depan akhbar

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.