Friday, August 30, 2013

Hishamuddin Anggap Ali Rustam Kurang Layak Bertanding Naib Presiden Umno



Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dan mengukur kemampuan mereka.

Katanya, mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno amat dialu-alukan tetapi tidak perlu terlalu ghairah untuk bertanding sehingga tidak melihat kemampuan diri sendiri.

"Jangan kerana ghairah sempena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat.

"Kalau itu tak diambil kira oleh mereka yang menawarkan diri dan melihat kemampuan mereka untuk pastikan parti kita kukuh, sekiranya berlaku sesuatu pada parti, jangan salahkan orang lain.

"Salahkan diri sendiri kerana ini merupakan amanah kita nak berdepan dalam pemilihan parti ini," katanya di majlis rumah terbuka hari raya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.

Hisham tujukan nasihat ini kepadaahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan untuk bertanding sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti Oktober ini.

Mungkin Hishamuddin anggap Mohd Ali belum mencapai tahap dan selayak dirinya untuk memegang jawatan sebagai Naib Presiden Umno.

Susulan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan pertambahan kerusi BN dan merampas sebuah negeri, beliau turut meminta agar pucuk pimpinan parti sentiasa menjaga "rumah tangga" parti supaya Umno sentiasa dihormati oleh semua pihak.

"Saya rasa pucuk pimpinan, daripada presiden dan naib-naib Presiden, kita faham itu tugasnya dan itu jadi pertimbangan kita.

"Sesiapa nak bertanding silakan. Tetapi jangan kerana ghairah nak kejar jawatan dalam parti, (sehingga) parti kita tidak dihormati oleh orang," tambahnya.

11 comments:

  1. Hisham patut malu denga apa zaid buat la ni. Output dia semasa jadi menteri dlm negeri zero. Pelihan umno kali ni patut reject dia.

    ReplyDelete
  2. aku ingat Ali Rustam punya rekod lagi cantik dari hisham nih.. hahaha.. dia takut kalah lah.. harap Ali Rustam masuk gelanggang.. kasi buang golongan yang lahir atas duit dalam umno

    ReplyDelete
  3. Jadi Menteri Sukan = GAGAL, Menteri Pelajaran = GAGAL, Menteri Dalam Negeri = GAGAL, now Menteri Pertahanan = CONFIRM GAGAL....xtau ape sumbangan kamu pada UMNO apa lagi Malaysia...semua kerana pengaruh bapa n ur cousin Najib...kalau tidak dah lama mengganggur

    ReplyDelete
  4. Dia sendiri pun tiada kemampuan...ada hati nak nasihat orang lain...jika diambil kira kemampuan untuk bertanding...dialah yang sepatutnya tak layak bertanding...

    ReplyDelete
  5. Antara Hisham dan Ali Rustam seribu kali baik Ali Rustam.

    Ayuh Pak Ali kasi buang Hisham tu dalam sungai Melaka. Biar dia jadi salah satu bahan sejarah.

    ReplyDelete
  6. Masa Ali Rustam menjadi ketua menteri, Melaka negeri terbersih di Malaysia. Papantanda dijalan cukup dan terang utk memudahkan perjalanan kita. Gerai tepi jalan digantikan dengan yg baru utk bolehkan org berniaga. Bukan main roboh saja. Saya selalu pergi Melaka kerana banyak kompeni saya byk terima order dari negeri itu berbanding negeri lain. Kesimpulannya Melaka adalah terbaik. Pencapaian terbesar hisyammudin hanyalah setakat amarannya saja.

    ReplyDelete
  7. Kita buang Menteri Amaran...rugikan orang Melayu je...bagi ali rustam jadi akitek baru....Aku bersekolah di Melaka...nampak beno kebijaksanaan ali rostam nih!...bagi le dia peluang...insyaalah UMNO akan disegani....Sila Ajar KJ.., Hisham..& nazri...

    ReplyDelete
  8. Hai berat Hishamudin kena terjah...faham2lah sendiri banyak org tak sukalah tu. Sayangilahlah negara ku Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Yop betulke k.Midah serah jawatan ketua cawangan ameno ke adiknya,hebat tu yop......mana demokrasinya ameno yop........zura nak jadi ketua wanita gopeng ke....nak jadi YB juge ler tu.....tak cukup lagi ker duit yang disekau semasa jadi PA kakaknya.....ameno...ameno.....ameno.baru setahun jagung dah nak jadi yb.....perangai biadap pulak tu,.......gitulah ameno.

    ReplyDelete
  10. Yop betulke k.Midah serah jawatan ketua cawangan ameno ke adiknya,hebat tu yop......mana demokrasinya ameno yop........zura nak jadi ketua wanita gopeng ke....nak jadi YB juge ler tu.....tak cukup lagi ker duit yang disekau semasa jadi PA kakaknya.....ameno...ameno.....ameno.baru setahun jagung dah nak jadi yb.....perangai biadap pulak tu,.......gitulah ameno.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.