Saturday, August 3, 2013

Jangan ambil mudah kestabilan negara



Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan masyarakat terutamanya golongan muda untuk tidak mengambil mudah perihal kestabilan dan kemakmuran negara yang dinikmati mereka kini.

Beliau berkata kemakmuran yang dikecapi 'tidak datang dari langit' sebaliknya diperoleh hasil keringat dan usaha pemimpin sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan kesinambungan itu diteruskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita perlu bersyukur Malaysia aman dan tidak mengalami nasib seperti negara atau negara Islam seperti Mesir yang ditimpa pelbagai insiden menyayat hati apabila pemimpin yang dipilih secara demokrasi digulingkan tentera," katanya kepada pemberita pada Majlis Solat Dhuha, Tasbih, Solat Hajat dan Tadarus Al-Quran di sini, hari ini.

Majlis itu dianjurkan Pergerakan Wanita Umno dan disertai kira-kira 1,000 anggota pergerakan tersebut dan beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari sekitar Lembah Klang.

Solat sunat dipimpin oleh Ustazah Shamsiah Abdul Rahman manakala tadarus Al-Quran diketuai oleh qariah ternama, Datin Seri Sharifah Khasif Badiuzzaman.

Mengulas mengenai majlis itu, Shahrizat berkata majlis itu merupakan acara tahunan pergerakan itu di bulan Ramadan sebagai cara untuk mengimarahkan bulan mulia di samping mengeratkan silaturahim antara anggota.

"Solat hajat juga dilakukan untuk memohon supaya Malaysia terus sejahtera dan semoga pemimpin negara diberikan kesihatan untuk terus menerajui Malaysia," katanya.

3 comments:

  1. Azlina kalau nak lawan dengan Kak Ijat kena pakai tudung dulu..sebab wajib

    ReplyDelete
  2. memandang situasi terkini dengan warga yang bukan melayu/bukan bumiputra terus mengasak,memgimpit penganut islam.rasanya keamanan itu,makin hari makin terkakis.apakah kita yg meminggirkan rasa jatidiri melayu itu terus mengambil sikap"takpa laa,biar pii laa".tak berapa lama lagi melayu pastikan pupus dibumi yang satu ketika dulu dikenali dengan nama persekutuan tanah melayu.Hubaya hubayalah wahai kaumku.

    ReplyDelete
  3. kata pepatah melayu lama ...

    kalau anda menanam padi ... pasti ada lalang uang tumbuh ...
    kalau anda menanam lalang ... jangan harap menuai padi ...

    harimau ditakut pada kukunya ...
    gajah ditakut pada gagahnya ...
    kancil ditakut pada akalnya ...

    kalau harimau dibuang kukunya ...
    kalau gajah dibuang gagahnya ...
    kalau kancil dibuang akalnya ...

    apa perlu ditakut lagi ...

    maka segala kera, mawas, ungka dan musang pun bermaharajalela la ....

    faham maksud hamba ...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.