Friday, August 16, 2013

Kalau Dah Jenis Pemimpin Penipu Inilah Bahayanya


Selepas menipu isu Lahat Datu Anwar tampil sengan isu pembohongnya yang terkini iaitu mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar kerajaan perpaduan ditubuhkan dengan kerjasama antara Pakatan dan UMNO, lapor laman web Asia Sentinel.

Anwar dalam temubual tersebut berkata beliau telah menyampaikan pesanan kepada Najib melalui perantara bahawa serangan membakar semangat perkauman oleh Utusan Malaysia -akhbar milik UMNO- terhadap masyarakat Cina dan India perlu dihentikan sebelum cadangan itu boleh diperhalusi.

"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.

Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib kerana Najib tidak segila Anwar.

Dalam temubual dengan portal berita tersebut, Anwar mendakwa Najib telah menggunakan khidmat bekas naib Presiden Indonesia, Yussuf Kalla menerusi kunjungan tokoh politik tersebut ke Kuala Lumpur sebanyak tiga kali termasuk yang terbaru pada pertengahan Julai lepas.

Sebelum ini,Yusuf Kalla pernah mendedahkan Anwar melanggar janjiyang dibuat untuk menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Yusuf Kalla juga pernah membuat kenyataan bahawa Anwar terlibat dalam isu Lahat Datu dan pernah berjumpa dengannya sebanyak 3 kali.


1 comment:

  1. No 1 Pok Loh No 2 Najib...PM Malaysia paling bodo setakat hari ni...sbb tu kena tipu di Al Juburi idup2....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.