Thursday, August 22, 2013

Kenapa Harus Melompat Bila Prof Jayum a/k Jawan Minta Shahrizat Letak Jawatan


Kita dikejutkan hari dalam SinarHarian surat khabar pencetus perpecahan melaporkan bahawa Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum a/k Jawan berkata, kontroversi melibatkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu boleh menjadi penghalang kepada hasrat Umno untuk melaksanakan proses transformasi.

Dia juga berkata lagi “Apatah lagi, dengan desakan pembangkang yang menuntut ketulusan dalam Umno. Namun, kontroversi Shahrizat telah mengheret parti ke kancah pertandingan peribadi dan menjadikan beliau sebagai liabiliti kepada parti.


Kenapa Prof. Jayum mengutamakan parti pembangkang sedangkan semasa pemilihan parti PKR dulu pun banyak yang tidak telus. Baru-baru ini pemilihan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, dimana Dr Jayum yang tidak mengulas sepatah pun tentang pemilihan yang palig buruk di dunia.

Apa nak diheran Dr Jayum pernah memberi kenyataan di akhbar (Sinar Harian 20 Mac 2013) mengenai Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa bertanding di Putrajaya amat wajar diberi perhatian oleh semua pihak kerana beliau diterima oleh semua rakyat. Terutama kenyataannya mengenai ‘kemungkinan Husam mempunyai peluang untuk menang besar berdasarkan populasi Putrajaya sebagai Bandar Melayu berbanding Umno yang menyogok duit Br1m kepada rakyat.’

Akhirnya Husam terlungkup.

Diakhbar SinarHarian juga pada 30 Mac 2013 Dr Jayum memuji-muji Wan Azizah kononnya dianiayai dan berhak mendapat jawatan yang lebih tinggi. Katanya lagi Wan Azizah diletak dimana-mana sahaja pun akan menang bergaya.

Daripada kenyataan yang pro-pembangkang menunjukkan Dr Jayum mahukan pemimpin Umno bertelagah sesama sendiri dan kini sudah ada pun yang menymbut kenyataan terus membantai Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Politik atas kertas tidak sama dengan politik 'on the ground', sesiapa yang pernah mengikut Shahrizat berkempen mungkin mereka tahu beliau begitu komited dan konsisten dalam tugasnya dan disayangi oleh akar umbi wanita umno.

Apa pun 'orang kita' jangan cepat melatah dengan cuit dari pembangkang, apa yang pasti suburkan demokrasi bukannya suburkan politik wang. Biarlah akar umbi yang membuat keputusan bukannya orang yang tidak berkenaan dengan wanita umno.

3 comments:

  1. Prof Jayum....klau rasa kuat n mampu silalah kegelanggang politik.Serawak perlukan Prof.utk menumbangkan Taib Mahmood.Ada berani?

    ReplyDelete
  2. Mana berani professor rambut palsu ni, dah tentu bungkus punya sedangkan Aziz Bari pun bungkus

    ReplyDelete
  3. Memang patut sahrizat ditukar dengan yang lebih bertenaga dan baru.....benar apa yang dikatakan oleh Prof. tu...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.