Thursday, August 22, 2013

Mahkamah Rayuan dengar permohonan batal rayuan atau benar guna kalimah Allah


paderi gereja turut berkumpul



Mahkamah Rayuan hari ini mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordon.

Mahkamah penuh sesak dengan orang awam yang berminat untuk mengetahui perkembangan kes berkenaan.


Antara NGO yang hadir ialah Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (PEMBELA).

Turur kelihatan di perkarangan mahkamah ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dari Nassar Foundation dan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Nordin yang berada di dalam mahkamah serta editor mingguan Herald, Father Lawrence Andrew.

1 comment:

  1. Sedih.. amat sedih.. kenapa isu berat mcm ini org Melayu xbermiant nk berhimpun. untuk berikan sokongan dan mewujudkan sentimen kpd bukan Islam bahawa ini HAK ISLAM.. kenapa PAS kekal jd syaitan berkepala manusia. Tidak ada sekelumitkah rasa kasih pd Allah SWT, krn hal ini akan bawak pd mudharat besar pd Aqidah, dan masa depan anak2 bangsa kita…

    Kenapa terlalu sedikit yg terbuka hati.. berbanding blackout 505 wpun sia2 dan tiada halatuju benar. Syaitan beraja di hati manusia. Benarlah Sabda Nabi, Islam datang dlm keadaan DAGANG dan kembali dlm keadaan DAGANG (asing).. Ya Allah Aku Mohon Ampun pada-MU atas kelemahan kami.. Selamatkanlah Kami dan Agama Kami ini Yakni Islam, Selamatkanlah Kesucian Nama-Mu Ya Allah, kami tahu ini adalah penanda aras ujian pd kami sejauh mana kami taat dan kasih pada-Mu Ya Allah.. Selamatkanlah Kesucian Nama-Mu Ya Rahman.. Ya Rahimm.. Ya Wadudd.. Ya Kareem.. Aku amat sedih dgn kelemahan2 ini…

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.