Friday, August 23, 2013

Oleh Kerana Sayangnya Guan Eng kepada Penyokong Pas/PKR, mulai 1 Sept 2013 caj air naik 100%



Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng menipu rakyat dengan mengatakan surcaj air tidak akan naik tetapi Kerajaan Rejim DAP Pulau Pinang terus menaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini.

Inilah tanda sayangnya guan Eng kepada penyokong Pas dan PKR kerana menyokong dirinya sehingga sanggup mati.

Menurut Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak.

Katanya, penggunaan air domestik di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air.

Katanya, penggunaan air domestik per kapita di Pulau Pinang telah mencapai tahap tertinggi iaitu 302 liter per kapita sehari sehingga 30 Jun lalu berbanding 294 liter per kapita tahun lalu.
"Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi negeri dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai dilihat terus menggunakan air secara berlebihan, namun sebagai negeri yang kekurangan air kita perlu memikirkan masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jaseni berkata, PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.