Wednesday, August 28, 2013

Peguam PR Paling Ramai Lindungi Gangster


 Pakatan Rakyat merupakan sebuah parti politik yang amat sinonim dengan kerosakan.  Selama kewujudannya, parti itu hanya memainkan peranan sebagai pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas, selain menghasut dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum, agama mahupun sesama Islam.  Malah, PR juga dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu. 

Pendek kata, sehingga kini, tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia. 

Tidak lama dahulu, PR begitu bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta Hasutan.   Kononnya, dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan.   

Walaubagaimanapun, hasil dari perjuangan PR hanya membawa kerosakan yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes tembak menembak semakin menjadi-jadi. 

Apa yang pelik ialah PR bukan sahaja tidak merasa bersalah, tetapi bertindak membela penjenayah pula.  Beberapa peguam yang juga pemimpin PR kini bangun mempertikai tindakan polis serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah.  PR langsung menghiraukan ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat. 

Hakikatnya, parti PR didokongi oleh para peguam yang hebat memutarbelit dan memusing fakta.  Malah, antara personaliti PR yang paling lantang ialah Karpal Singh, juga seorang peguam yang telah mendedahkan kegiatan homoseksual Anwar buat pertama kalinya di Parlimen tetapi kemudiannya menjadi pembela kepada Anwar menafikan yang beliau pernah meliwat.  Ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kotor, busuk dan jahatnya politik PR. 

Secara dasarnya, peguam-peguam PR mempunyai pelanggan dari dunia gelap.  Antaranya, bapa ayam, pengedar CD haram, pengedar dadah, gangster dan berbagai-bagai lagi.   Pendek kata, membela penjenayah sudah menjadi tugas mereka dan bagi yang berjaya melepaskan penjenayah dari dakwaan, ganjarannya sudah pasti lumayan, tidak termasuk dengan jaminan ëkeselamataní.   Ini tentu memberi kelebihan kepada aktiviti politik mereka pula. 

Maka, tidak hairanlah aktiviti gelap semakin bercambah di Selangor dan Pulau Pinang, sebaik sahaja PR menjadi kerajaan negeri. 

Jika kita imbas kembali kes pembunuhan berprofil tinggi, Datoí Sosilawati iaitu jutawan kosmetik yang terkemuka, kita akan dapati kes tersebut juga dikaitkan dengan peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam yang mana diketahui menjadi tulang belakang kepada PR. 

Bukan setakat kes berprofil tinggi, tetapi dalam kes-kes biasa juga PR sering cenderung membela pesalah atau orang yang disyaki.  Dalam isu demonstrasi ganas BERSIH, PR langsung tidak mengambil kira tindakan peserta yang membelasah pihak berkuasa tetapi sibuk membela keganasan peserta.  Dalam kes polis menembak remaja yang memecut setelah engkar arahan polis untuk berhenti, PR telah mengambil sepenuh kesempatan untuk menyalahkan polis tanpa mengambilkira situasi kejadian. 

Nampaknya, PR memang pejuang hak asasi manusia yang hebat kerana sanggup berjuang untuk memastikan penjenayah juga punya hak untuk bebas dan berbuat jenayah.  

Justeru, kita jangan terkejut jika melihat peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke hadapan sekiranya Ops Cantas yang dilancarkan pihak polis berjaya membawa para gangster ke muka pengadilan.  Kita pasti PR akan terus mempertahankan gangster kerana gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri. 

3 comments:

  1. Sebab merika semua ni dijaga oleh gangster.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin Islam/Melayu/UMNO kita jgn. tunduk lansung kpd. ancaman DAPBANGKAI/PKR dgn undang-undang berasaskan "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si KAPIAQ Barat-Zionis (kononnya "universal human rights" - PENIPU betul), salah satu SENJATA plg. DAJAL mereka utk. MENJAJAH Dunia Islam/umatnya!

    Namun rejim-rejim Barat-Israellah yang membunuh umat Islam sesuka hati spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban)!

    Jadi kenapa si PENGGANAS pemimipin Barat-Israel sendiri tidak pula di hukum Mahkamah Antarabangsa ciptaan Barat-Zionis, iaitu International Criminal Court (ICC: bukan bawah UN - lihat http://www.icc-cpi.int/en_menus/icc/about%20the%20court/Pages/about%20the%20court.aspx) di Hague di Belanda itu (Barat-Zionis cuba memutar-belit dengan sering membangkitkan isu kononnya ada rejim Barat, Serbia yang juga dihukum satu lagi mahkamah, yang di bawah Tribunal UN, tetapi sebenarnya sebab rejim Serbia yang dulu walaupun memang dihukum sebab membunuh umat Islam Bosnia, tapi juga dihukum kerana amat anti-EU/US. Maka ia sahaja satu-satunya rejim Barat yang dihukum, dan bukan juga di ICC).

    Dan lagi, Ban ki-Moon (bekas Menteri Luar Korea Selatan yang pro-US; begitu juga Presiden ICC yang juga dari Korea Selatan - tidakkah ganjilnya ini) dari UN dan birokrasinya, rata-ratanya pro-Barat-Zionis!

    Di Israel juga, PENJAJAH GANAS Yahudi yang asyik membunuh, memenjara, menindas dan mengecilkan BUMIPUTERA Islam Palestin, termasuk dengan memberi kerakyatan pd imigran Yahudi yang jutaan, dari merata cerok, dan memberi hak istimewa termasuk perumahan dan pendidikan, untuk bangsa Yahudi dari askar (yang tiada Bumiputera Islam Palestin) – tidak juga dihentam si pencinta “demokrasi dan hak asasi manusia” dari Barat (bahkan Israel si penjajah ganas ini adalah sekutu kuat si Barat hipokrit durjana)!

    Juga rejim Cina PAP PENJAJAH GELOJOH Singapura yg. ditaja MOSSAD-CIA-MI6, untuk tawan S'pura dari TANAH MELAYU; dan telah beri kerakyatan dgn kpd jutaan imigran yang bukan pekerja/pelarian pun, dari bukan Islam Cina dan Kristian, untuk MENGECILKAN terus jumlah umat Islam/BUMIPUTERA Melayu Singapura, juga sekutu kuat Barat-Zionis - lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

    Maka kita dari Dunia Islam dan “Dunia Ketiga“, janganlah sampai tunduk lansung pada GERTAKAN berterusan “demokrasi/hak asasi manusia” SAMPAH Barat-Zionis/Bukan Islam, macam hamba-abdi mereka!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin Pakatan kan Penyangak semua tu sebablah dia orang backing sangat samseng ni....kalau tak backing nanti sapa nak buat kecoh masa demo heheheheh....samseng ni lah jugak.........apa kata ada pulaklah orang bayar samseng2 ni pi tembak pemimpin pakatan ni pulak....baru dia orang tau nak report kat Watmoorthy sapa anemoorthy ehhh padiyapa eehhh aku pun tak taulah

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.