Monday, August 19, 2013

Teresa Kok Sokong Nazri Lantik anak sendiri sebagai pembantu dikementeriannya


Ramai yang mengkritik samada secara senyap mahupun secara terang-terangan kerana kesombongan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuat kenyataan kerana melantik anak sendiri sebagai pembantu.

Secara diam-diam Ketua DAP Selangor Teresa Kok memberi sokongan yang penuh terhadap Nazri kerana menurutnya walaupun beliau sendiri dan banyak ahli politik tidak melantik anggota keluarga, tetapi kadang-kadang mereka tidak banyak pilihan.

"Tetapi apabila kami ada seseorang yang rapat dengan keluarga kami, yang bagus dalam sesuatu bidang dan dapat membantu karier kamu, apa yang salahnya," katanya menyokong sepenuhnya tindakan Nazri itu.
Teresa Kok, exco Selangor antara April 2008 hingga Mei 2012 berkata, beliau sendiri dalam tempoh perkhidmatannya itu terpaksa menukar 10 orang pegawainya ekoran pelbagai masalah, termasuk sabotaj.
"Kita mesti faham, melantik anggota keluarga menjadi pembantu tidak sama dengan amalan beri projek dan imbuhan serta nepostisme," kata Kok yang juga anggota Parlimen Seputeh.

Ramai pemimpin Umno mengatakan kenyatan dan tindakan Nazri umpama mahu membunuh parti Umno sendiri tetapi Teresa Kok menyokong perbuatan Nazri ini...apakah Teresa mahu Umno terus berkubur?

3 comments:

  1. Bila Musuh sokong tu makna dia nak bagi mampus, kalau dia tak sokong tu makna itu keputusan yang tepat.

    DR M Vs LKS, Jambatan PP, Lebuhraya Plus dll
    Tun Dol Vs PR, Hampas bila disokong

    ReplyDelete
  2. Artikel yang bagus, dalam masa yang sama kita kena ingat pasal Azeez Rahim ni , beliau tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji . Kita tak nak kuasa di salah guna sewenang-wenang . Tabung Haji dah banyak skandal sebelum ni , Azeez pun cerita masa jadi CEO kat Tabung Haji pun tak habis lagi . Jangan biarkan duit rakyat pendeposit Tabung Haji disakau , ini lah jadi nya kalau orang tak layak dijadikan Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim wajib berundur jadi Pengerusi Tabung Haji , mohon pautkan link http://no2azeezrahim.blogspot.com/ untuk pembongkaran cerita azeez rahim.

    ReplyDelete
  3. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

    Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

    TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

    Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

    Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

    Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.