Saturday, August 17, 2013

Wanita Umno Kedah Sokong Kepimpinan Sharizat


Wanita UMNO Kedah hari ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk kekal sebagai ketua pergerakan itu.

Ketuanya, Datuk Dr Maznah Abdul Hamid berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Khas Wanita UMNO Kedah semalam, yang dihadiri oleh semua 15 ketua Wanita UMNO bahagian di negeri ini.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan prestasi Shahrizat yang begitu baik ketika memegang jawatan ketua Wanita walaupun cabaran dalam politik semakin mencabar selain berkhidmat dengan baik dan berjaya menyatupadukan semua anggota Wanita.

Katanya, pihaknya ada menjalankan kajian yang menunjukkan hampir 90 peratus akar umbi menyokong Shahrizat dan memerlukan beliau untuk memegang jawatan ketua Wanita, dan difahamkan kajian di negeri-negeri lain juga menunjukkan keputusan sama.

"Saya pernah berada di bawah tiga ketua Wanita. Nak jadi ketua Wanita bukan senang. Saya harap sesiapa yang tawar diri... yang baharu, yang belum pun jadi ahli Wanita masuk dulu jadi Exco. Lepas tu kenal Wanita seluruh Malaysia barulah tawar diri untuk (jawatan Ketua Wanita).

"Perlu masuk untuk memahami mengenai Wanita. Sekarang ini adalah masa untuk menstabilkan kedudukan. Takkan nak gantikan semua. Buat orientation dulu... jadi Exco dulu, next term bila dah ready bolehlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya peringkat Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam di Padang Sera di sini.

Sebelum ini, bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azlina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang, dilaporkan melahirkan hasrat untuk mencabar Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita Umno walaupun tidak pernah turun padang bersama wanita.


Azlina hanya  cuma menangguk di air keruh sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.