Friday, September 6, 2013

40 ahli tawar diri tanding Exco Wanita UMNO Menunjukkan Demokrasi Dalam Wanita Subur - Dato Hamidah


Sebanyak 40 anggota Pergerakan Wanita UMNO setakat ini telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Exco pada pemilihan pucuk pimpinan pergerakan itu Oktober ini. Ini menunjukkan demokrasi dalam pergerakan wanita masih subur

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, mereka termasuk anggota Exco bagi sesi 2008-2011 yang akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Pertandingan jawatan Ketua Wanita setakat ini akan membabitkan penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara jawatan Naib Ketua Wanita pula setakat ini bakal menyaksikan pertandingan antara Exco Wanita UMNO merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Jawatan naib ketua sebelum ini disandang oleh Datuk Kamalia Ibrahim, yang dipecat dari parti setelah bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lepas

3 comments:

  1. Menteri-menteri atau YB YB yang kalah PRU 13 tuuuu,cerminlah diri sendiri,layak ke tidak untuk terus bertanding.....kalau nak jaga maruah parti,nak jaga bangsa dan agama beri pada yang terbaik.....cukup-cukuplah,bagi orang lain pula merasa laba politik.

    ReplyDelete
  2. Menang tak semestinya terbaik dan kalah tak semestinya tidak diterima rakyat. Apa yang terjadi pada Dato Hamidah boleh dibuat pengajaran kerana menerima sabotaj bukan sahaja daripada Ketua Bahagian malah daripada MB Perak sendiri.

    Jikalau Zambry sendiri pun sudah tentu kalah mana tidaknya mnegupah orang sendiri bertanding melawan Dato Hamidah apa kejadahnya.

    700 AJK dan ahli Bahagian Gopeng tidak keluar mengundi termasuk Ketua Bahagian Apa kejadahnya dan akhirnya BN juga kalah.

    ReplyDelete
  3. Cuba kita ubah sikit Wanita Umno nih!...bagi lah ketua yang baru...yang cergas....yang tiada palitan...yg merosakkan UMNO...sayangilah UMNO...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.