Saturday, September 14, 2013

Bumiputera Sepatutnya Jangan Buang Masa Lagi Apabila PM umum 5 strategi perkasa ekonomi Khas


Kaum Bumiputera sepatutnya jangan lagi buang masa dengan berfacebook yang tidak berfaedah dengan 'bangkit' menyambut seruan kerajaan bagi memperkasakan Bumiputera sendiri.

Jangan mengikut kaum lain yang sengaja untuk melekakan anak-anak muda bumiputera dengan isu-isu yang remeh-temeh supaya anak-anak muda ini terus tenggelam dalam genggaman mereka.

Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang memberi fokus kepada lima strategi utama:

1) Mendaya Modal Insan Bumiputera

2) Mantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat

3) Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera

4) Memperhebatkan keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera

5) Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan

Langkah-langkah yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu termasuk :

* Kerajaan akan memperbanyak program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran.

* Program latihan semula dipergiat menerusi peruntukan tambahan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.

* Bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara akan ditambah menerusi pendekatan latihan dua syif.

* Program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluas untuk menambah bilangan penerima manfaat bagi mengatasi masalah kebolehpasaran.

* Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluas Program Pendidikan Lepasan Ijazah terutama dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi. 

* Program Peneraju Profesional diperluas bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera yang mendapat pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah terutama dalam bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

* Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan suntikan 10 bilion unit saham.

* Ekuinas mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat Bumiputera di senarai di Bursa Malaysia.

* Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemas untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat bagi mengoptimumkan nilai aset bukan kewangan seperti hartanah.

* Pelaburan Hartanah Bhd, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuh bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutama di lokasi strategik di seluruh negara.

* Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara.

* UDA Corporation akan diperkukuh untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

* GLC dan GLIC terlibat dalam perniagaan hartanah diarahkan untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutama perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

* Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh.

* Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.

* Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disasarkan meningkat kepada 500,00 daripada 350,000 orang pada 2015.

* Dana tambahan sejumlah RM700 juta diberi kepada TEKUN Nasional.

* Bilangan usahawan TEKUN Nasional disasarkan meningkat kepada 370,000 tahun 2015 daripada 270,000 sekarang.

* Semua Kementerian dan GLC diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor juga berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera supaya mereka berdaya maju dan mampan.

* Jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank.

* Lonjakkan program Pembangunan Vendor (VDP) oleh Petronas bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

* Ketua Pegawai Eksekutif di GLC akan menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diluluskan kepada vendor. Ini wajib dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

* Bagi menangani isu rantaian perbekalan, kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian. GLC dan GLIC akan mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

* Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengenal pasti perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.

* Dasar 'Carve-out' akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC. Empat projek yang dikenal pasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

* Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) diperkenal untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun. SUPERB akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada entrepreneur baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

* Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan di semua kementerian dan bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

* Peningkatan pengambilan pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020 termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

* Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk 'Matching Fund' nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan disalurkan secara berperingkat.


* TERAJU diletakkan langsung di bawah Perdana Menteri, dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri

* Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Skim Permulaan Entrepreneur Baharu Bumiputera (SUPERB) akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Najib menyatakan selagi hayat beliau ada agenda Melayu dan bumiputera tetap jadi agenda utama.


Bumiputera usah takut dengan tindak balas cina DAP dan balaci-balacinya dalam Melayu PR kerana mereka tidak boleh berbuat apa-apa jika semua orang Melayu bersatu mencari rezeki.

10 comments:

Anonymous said...

Maaflah... Kami kaum Melayu dah penat dgn Najib. Cakap tak serupa bikin. Setakat buat pengumuman dan pelancaran, tapi mekanismanya belum tahu boleh laksanakan. Apa dah jadi dgn 1Malaysia? Apa dah jadi dgn Winable Candidate? Apa yg dia buat utk orang Melayu? Setakat ujudkan Pemandu dan Teraju saja? Mana Transformasinya? Emmm .... Tak yakin langsung!

Anonymous said...

Bagi duit terus saje. Lebih senang Dan semua dapat bermanfaat.

Anonymous said...

Selagi ada kuasa , wang dan kepakaran..gunakan sehabis habisan dalam menguatkan ummah . Takbir.

Anonymous said...

ni la org melayu.. bila diberi peluang x mahu ambil malah kritik sana sini.. nak semua benda siap terhidang depan mata. Bila x diberi peluang lagi la bising. Bangsa melayu suka shortcut, nak duit xnak meniage, pajak lesen kat warga asing untuk dpt duit mudah dll. Cukup2 lah tu mari kita mula dgn diri sendiri dulu, dahulukan kudrat dulu bukan mulut kita.

Anonymous said...

Ada tabung 1AZAM pon hancus...macamana Melayu boleh Maju?...macamana kemiskinan melayu boleh dibasmi...kalo hanya melepaskan batuk ditangga dan lebih banyak songlap berbanding bantuan ...Di sini kalo sesuatu projek itu tiada pemantauan penyelewengan Melayu dok tang tu je..

Anonymous said...

Teman pernah dapat projek besar....kongsi sesama Melayu,taknak pajak kat nonbumi,tapi hancus.....teman dikencing,digigit.....sudahnya teman juga yang berbau taik.........hanya ALLAH SWT.Maha Pemberi Rezeki.

Anonymous said...

Salam Yop......betul ke cinpeng mampos 16 September.........aku rasa dia dah lama mampos tapi saje nak ambil sempena tarikh tuuuuu......ini pasti agenda komunis dap,pkr dan pas !!!!!

Anonymous said...

Masalah melayu adalah sifat hasad dengki dsn durjana. .ayuh itu sifat iblis! Rasanya kaum melayu bukan iblis..peluang yg ada harus di rebut..cina bersusah payah tubuh per satu an utk maju . Melayu tubuh persatuan untuk roboh. Sudah sampai sifat lembik dan tin kosong di buang.. ramai ramai kita ke mara..utk menagih.. bukan dadah tapi hak kita sebagai permilik pusaka negara. . Cukuplah pendatang cina membolot kini melayu punya giliran..selagi ada kuasa kita gunaksn utk kemakmuran semua..

Anonymous said...

Tiada sesiapa yang membolot kekayaan kita jika diri sendiri yang malas dan dengki. Orang mampu dan berjaya walaupun susah berusaha, kenapa tidak kita? Kesusahan hanya membuat kita lebih gigih, tekad dan matang. Tidak cukupkah bantuan kerajaan sehingga kini, dari DEB sehinggalah MEB. SUDAH berpuluh tahun tapi kenapa kita masih tidak sedar. Masalah utama bukan kaum-kaum lain yang ada, cuma mentaliti diri sendiri. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bersatu mengikut kaum bukan bersatu namanya. Itu bodoh jahil namanya.

Anonymous said...

Tiada sesiapa yang membolot kekayaan kita jika diri sendiri yang malas dan dengki. Orang mampu dan berjaya walaupun susah berusaha, kenapa tidak kita? Kesusahan hanya membuat kita lebih gigih, tekad dan matang. Tidak cukupkah bantuan kerajaan sehingga kini, dari DEB sehinggalah MEB. SUDAH berpuluh tahun tapi kenapa kita masih tidak sedar. Masalah utama bukan kaum-kaum lain yang ada, cuma mentaliti diri sendiri. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bersatu mengikut kaum bukan bersatu namanya. Itu bodoh jahil namanya.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.