Thursday, September 26, 2013

Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno No.43 Dato' Hamidah Osman


Siapa tak kenal dengan Dato' Hamidah Osman yang kini menjadi Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Beliau juga merupakan seorang yang berfikiran jauh dan masih memegang jawatan Ahli majlis Kerja Tertinggi Umno.

Banyak idea-idea bernas telah dikeluarkan dalam setiap mesyuarat AMKT Umno. Beliau merupakan seorang yang berjaya merampas kembali kerajaan negeri Perak daripada dijajah oleh rejim cina DAP dan menjadikan beliau musuh utama parti cina DAP.

Atas kejayaan daripada usaha keras beliau yang tidak putus-putus beliau mempunyai banyak musuh bukan sahaja daripada pembangkang malah daripada rakan sepasukan sendiri. Sebelum ini beliau menyerah diri bertanding sebagai calon naib Ketua Wanita Umno Malaysia namun demi tidak mahu mengeruhkan keadaan beliau redha menarik balik pencalonan tersebut demi rakan-rakan dan Wanita Umno sendiri.

Cakap sahaja dimana berlakunya pilihanraya kecil kalau tidak ada Dato' Hamidah Osman maka perjuangan wanita yang akan diakhiri dengan gelombang merah tidak akan menjadi. Beliau sanggup mengorbankan diri meninggalkan keluarga dan suami demi untuk membantu parti keramat iaitu Umno.
Kini Dato' Hamidah menyerah diri mencalonkan dirinya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dengan pencalonan no.43. Kepada yang mengetahui siapa Dato' Hamidah Osman  dan usaha kerasnya bagi menaikkan martabat parti doa-doakanlah kemenangannya agar kelibat beliau boleh nampak semasa Gelombang Merah/Biru UMNO .

Ikhlas dari Sungai Rapat Online

5 comments:

Anonymous said...

mudah mudahan Allah memberi kemenangan kepada Dato Midah, banyak jasa dia pada orang melayu

mnorkembalak said...

Salam tuan admin, saya inginkan maklumbalas dalam masa 24 jam. Boleh beri tunjuk sebab kenapa link blog saya tuan singkirkan dari halaman ini. Andainya penulisan saya tidak layak kenapa tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Tapi tak apa saya juga boleh berbuat demikian sekiranya tunjuk sebab tidak saya perolehi dalam masa 24 jam. Sekian terima kasih - mnorkembalak

Anonymous said...

Aku Org Sg Rokam bukan yang aktif umno pon...tapi suka memerhati. dan menyokong .....Tau kegigihan Dato hamidah nih!...ada-ada saja yang baik di buatnya.....banyak perubahan di Sg. Rokam..dan berhampiran yg dapat menfaat atas usahanya...ada idea kreatif...Harap beliau di Pilih
Walaubagaimanapu...harap kakjat tidak dipilih semula...supaya bersih dan kelihatan bersih....dan bernafas baru....berilah orang lain...

Sungai Rapat said...

Untuk Mnorkembalak,
Saya tidak berniat untuk menyingkirkan mana2 link pun sebaik sahaja selepas pru13 blog saya diserang virus dan saya cuba pulihkan dgn menggunakan skin yg baru dan byk link yg link. So saya mohon maaf di atas apa yg berlaku

samagreen said...

Perjuangan belum selesai kak midah!!

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.