Tuesday, September 3, 2013

Kalau Difikirkan Memang Marah Tetapi Kerajaan Ada Sebab Untuk Menaikkan Harga Petrol


Jika nak diikutkan rasa marah memang marah baru sahaja lepas menyambut Hariraya kerajaan menghadiahkan satu 'hadiah' yang cukup istimewa iaitu kenaikan harga petrol Ron 95 sejumlah 20 sen menjadikan seliter RM2.10 sekarang..

Tetapi sedarkah kita sampai bila kerajaan hendak memberi subsidi kepada rakyatnya

Difahamkan dengan menaikkan harga petrol sumlah 0.20sen seliter negara mampu menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini melalui pengurangan subsidi minyak dalam usaha menyalurkan dana tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Tahun hadapan juga akan memperlihatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan disamping bantuan awal persekolahan.

Rasionalisasi subsidi itu bertujuan menstrukturkan semula fiskal negara agar pasaran yakin dengan keadaan ekonomi negara, sekali gus membantu mencapai sasaran mengurangkan defisit keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 3 peratus pada 2015.
Najib berkata, impak pengurangan subsidi itu dilihat memberi kesan yang rendah kepada kadar inflasi dan tidak akan memudaratkan rakyat.

Menurut beliau, proses rasionalisasi subsidi akan tetap dilaksanakan secara berperingkat tetapi kesan bebanan kepada rakyat diminimumkan dan dalam masa yang sama jaringan keselamatan sosial seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dipertingkat.

Tetapi apa yang harapkan menteri-menteri lebih bersikap jujur dan amanah dalam mentadbir harta rakyat, janganlah ada mereka ini mengadakan rumah terbuka secara mewah sehingga menjejas kewangan rakyat

5 comments:

  1. org ramai patut set in mind...minyak bukan brg bleh recreated...mcm sawit habih..tanam sawit...

    dan minyak akan naik harga...cuma skarang ni..golongan pemborong...pekilang...jgn la sesuka bg alasan naikkkan harga brg melampau...cth biskut kering tu..sebungkus dlm RM8.00 tetiba naik jd RM9.00..logik ke??

    -smh-

    ReplyDelete
  2. K.Midah memanglah mampu bayar petrol mahal.......pencen je dah cukup mewah,dapat kerja baru lagi.....lubuk duit pulaktu.......kabornya serah k.c.umeno pada zura......demokrasi le tuu.Budak tu jadi ketua,habihlah kome.......makan maki herdik sizura biadap tu.Bertambahlah ketua-ketua ameno yang tamak haloba........bertambah benci orang pada ameno.PRU 14 semakin hampir.......

    ReplyDelete
  3. Inilah kesan pengilang Dan pengeluar serta minyak yg diseludup keluar Negara Thai dsb yg memanipulasi harga minya subsidi..hingga merugikan kerajaan...natijahnya rakyat kena tanggung...

    ReplyDelete
  4. salam.

    apa sumbangan PM n menteri kabinet dalam hal ini.jangan bila naik 20 sen boleh slamber menteri kata kenaikan tak banyak pun.20 sen naik tu dia pergi petrol pump n kuar duit dia ke isi minyak ke hulu ke hilir...

    nanti nak pakai kereta besar lebih rm170ribu..kerajaan berjimat kat mana..kerajaan patut sama berjimat baru rakyat tak marah..rakyat faham bila kerajaan juga berjimat...ni berjimat projek tak jalan lagi..

    penasihat media pm smapi 15 orang ape cite...konsultan yang kena bayar berjuta ape cite..penasihat kalah pru n masih d lantik jawatan khas kat jpm ape cite...pemandu,satu jawatankuasa pelik yang asik tentu itu dan ini ape cite..

    kalau semua ini d buang,kerajan dah banyak berjimat..tapi kita je kena berjimat....apa sumbangan PM dalam penjimatan subsidi minyak...PM tak perlu bayar petrol..semua guna duit rakyat...jadi apa sumbangan PM?

    budakteranung

    ReplyDelete
  5. BRIM bukan lah suatu yang baik untuk kesihatan ekonomi. yang banyak dapat BRIM bukannya org Melayu sebab org bukan melayu tak ada slip gaji yg berdaftar. Ada orang kaya yg dapat BRIM...Adalah lebih elok BRIM yg kata RM3.5 billion tu dijadikan "kail" dan diberikan kepada orang-orang melayu...pasti ramai yang akan muncul sebagai usahawan, peniaga dsb.Saya yakin tanpa BRIM org Melayu tak berpaling tadah, wbp. kalo ada mereka ambil...tetapi bukan melayu ada tak ada sama saja...tetapi tentang.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.