Wednesday, September 4, 2013

Mampukah Datuk Hassan Malek Menyekat Kenaikan Harga Barang?


Sudah menjadi tradisi setiap kali harga bahanapi naik tak kira berapa pun pastinya akan diikuti dengan kenaikkan harang barangan lain umpamanya harga mmakanan, harga gas memasak dan yang paling memeritkan harga harga hardware dan menjadikan harga rumah melambung.

Para pengilang tidak pernah berdiam diri setelah harga bahanapi naik.

Persoalannya sekarang mampukah kerajaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menyekat kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

Datuk Hasan Malek pernah bersuara bunyi yang sama seperti menteri terdahulu iaitu, para peniaga tidak mempunyai alasan kukuh menaikkan harga barangan sesuka hati berikutan kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel yang diumumkan semalam.

Beliau juga berkata, hasil kajian yang dijalankan pihaknya mendapati kesan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter kepada peniaga dianggarkan hanya sekitar 0.1 peratus.

Kita tidak mahu perkara yang lalu terjadi akhirnya kementerian tunduk dengan pengilang dan peniaga cina dan kenaikkan harga barang terus dibiarkan berleluasa.

Kerajaan mesti tegas untuk membantu rakyat bukan setakat bercakap sahaja dan tindakan perlu dilakukan.

9 comments:

  1. Ingatkan apalah sangat setakat naik 20 sen... Rupa2nya inilah alasan bagi penjual barang utk menaikkan harga... Bayangkan baru saja saya order gas masak 14kg dah naik sampai 2 ringgit setong (dulu 28 ringgit, hari ini dah 30 ringgit). Ini baru 1 barang, yg lain tak tahulah lagi....

    ReplyDelete
  2. Gas memasak dah naik apa yang Haasan Malek buat? takkan setakat amaran jer

    ReplyDelete
  3. Najib....najib.....najib.....nampaknya Tuan PM wajib beri Brim pada keluarga yang pendapatan isirumahnya 6000 ke bawah....kalau tak habislah riwayat BN pada PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
  4. Jika gaji naik mungkin boleh sekat kenaikan harga barang,tapi jika minyak naik 20sen harga barang akan naik 20 peratus malah boleh sampai 200 peratus.Solusinya......naikkan gaji......naikkan pencen.......orang miskin tak bergaji macammana..........sanggupkah kerajaan membantu/memberi seperti waktu hampir PRU.....ooooooo ini taktik orang politik nak memancing undi......KEBERGANTUNGAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN.....oklah tu !!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Sungai Rapat

    Kurang ajar kamu merendah2kan menteri. Kalau dia tak boleh buat kerja apa kamu ingat itu Najib bodoh sangat mahu angkat dia jadi menteri. Kamu sudah lupa .. bulan puasa itu menteri janji mahu bawa masuk ayam import, hasilnya harga ayam turun daripada 650 sen sebelum puasa kepada 750 - 800 sen masa nak sambut raya puasa.

    Ini sekarang harga minyak naik. Saya yakin ini menteri akan pastikan harga barang tidak naik atau lebih rendah daripada sebelum minyak naik. Saya baca paper di KL ada pekedai dapat bekalan air mineral pada harga yang lebih murah iaitu 720 sen/pek selepas harga minyak naik berbanding 600 sen sebelum minyak naik.

    Siapa kata harga barang ada naik. Kalau dahulu 600 sen dan sekarang 720 sen .. itu bukan naik harga, itu sekadar perubahan angka pada tanda harga saja .. barangkali itu yang di maksudkan oleh pak menteri itu. Maksud pak menteri itu, yang naik adalah harga minyak tetapi barang hanya berlaku perubahan angka pada tanda harga sahaja.

    ReplyDelete
  6. Menteri tu bodoh.....PM lagi bodoh

    ReplyDelete
  7. hapuskan orang tengah.. merekalah punca brg naik

    ReplyDelete
  8. Aku rasa Datuk Hasan tak mampu menyekat kenaikan harga barang.

    ReplyDelete
  9. Mengapa cuba cari naas..kita melayu sokong amat kuat...disini bukan masalah minyak naik...yang nampak pengumuman secara tergesa-gesa (macam tak ada perancangan teliti), hinggakan kementerian lain pon tak tahu...Kenapa tidak umum sebelum sebelum nak naik...kita rakyat pon rasa bersedia...tetapi ini suatu pengumuman terkejut...mesti semua orang naik darah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.