Saturday, October 26, 2013

BN mengamalkan konsep kesederhaan yang turut diamalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak- Mukriz Mahathir



Kerajaan negeri pimpian BN kini mengamalkan konsep kesederhaan yang turut diamalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang turut mengamalkan konsep wasatiah.Ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Kita mengharapkan penduduk DUN Sungai Limau memberi sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan BN yang berpegang teguh kepada akidah.

Kerajaan negeri kini dengan dibantu oleh kerajaan pusat berusaha membangunkan Kedah kerana ia menjadi agenda utama parti BN.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri memang ada kesinambungan dengan apa yang diperjungakan oleh Allahyyarham Azizan selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

Memilih pembangkang pilihan raya kecil nanti sememangnya tidak akan memberi manfaat kepada penduduk kerana Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh Barisan Nasional.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.