Saturday, October 26, 2013

Pelaksanaan GST hukuman untuk rakyat, kata Anwar Ibrahim


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hari ini menyelar Bajet 2014 yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

Sebagaimana yang disangka, akhirnya kerajaan memilih untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) setelah pelbagai spekulasi berlegar-legar sebelum pembentangan Bajet 2014 hari ini.

"Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat dan dalam masa yang sama mereka mengenakan cukai umum yang akan menjejaskan sebahagian besar segmen masyarakat. Inilah yang dikatakan sebagai paradoks,” katanya.

Pengumuman pelaksanaan GST sebanyak 6% pada April 2015 ini adalah bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sejak sekian lama diguna pakai oleh kerajaan.

Strategi yang dilakukan ini lebih bersifat paradoks dan seperti menyebelahi syarikat dan golongan berada tetapi dalam masa yang sama memperkenalkan cukai yang melibatkan banyak pihak.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.