Saturday, October 26, 2013

Wanita yakin rampas DUN Sungai Limau


Wanita UMNO yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil kawasan itu nanti berdasarkan pembaharuan dibawa Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketua Penerangannya, Dato' Hamidah Osman, berkata Mukhriz juga telah mengusahakan pelbagai program untuk menjadikan Kedah lebih maju dan faktor itu boleh mendorong kemenangan BN di DUN terbabit yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Menurut Dato' Hamidah lagi wanita sentiasa akan membantu sepenuhnya dalam kempen di PRK Sungai Limau. Setakat ini keadaan lebih memihak kepada BN kerana penduduk lebih yakin dengan ketokohan 
Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.