Sunday, November 24, 2013

Anak lelaki orang kenamaan maut terbakar



Seorang pemuda yang merupakan anak kepada seorang kenamaan yang bergelar Tan Sri ditemui maut dalam keadaan rentung di rumah keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail di sini awal pagi ini.

Lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan membakar diri sendiri menggunakan petrol di bilik tidurnya kira-kira pukul 1 pagi.

Menurut sumber, pemuda itu merupakan bekas pelajar universiti di luar negara bertindak demikian kerana tidak dapat menangani masalah hubungannya dengan seorang wanita.

"Pemuda itu dikatakan baru pulang ke rumah meminta minyak petrol daripada bapanya lalu masuk ke dalam bilik. Bapa pemuda itu beranggapan anaknya meminta minyak petrol untuk mengisi tangki motosikal.

"Kejadian itu bagaimanapun hanya disedari beberapa jam kemudian setelah ibu pemuda itu terjaga selepas menyedari asap dari bilik anaknya. Dia kemudian terkejut apabila menemui anaknya meninggal dunia dalam keadaan melecur hampir 80 peratus di balkoni bilik," kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia.

Ditanya punca menyebabkan pemuda itu membakar diri, sumber itu memberitahu, tindakan lelaki itu berkemungkinan akibat ugutan yang diterimanya.

"Pemuda itu dikatakan berselisih faham selepas dia enggan bertanggungjawab terhadap anak yang dikandung seorang wanita yang menjalinkan hubungan dengannya.

"Teman wanitanya itu dipercayai seorang penari kelab malam dan dia telah memberitahu rakannya tentang tindakan pemuda itu yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas kandungannya. Akibat itu berkemungkinan dia diugut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Mayat pemuda terbabit dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat," katanya yang enggan mengulas lanjut.


Gambar Oleh Terengganu Today

1 comment:

  1. Sedihnya! “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “ -
    “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

    Inilah akibat anak muda kita diJAHANAMkan budaya syaitan KAPIR Illuminati Barat-Zionis, yg. mencipta dan memaksa falsafah, budaya dan undang-undg liberal Barat-Zionis ke atas seluruh Dunia termasuk Dunia Islam - tetapi sebenarnya di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus memuja wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus menjahanamkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam, terutamanya anak muda Islam, yg. sering TERSIHIR dgn. industri seni Hollywood/Barat-Zionis!

    Apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone. Tamdun syaitan Illuminati ini juga diPUJA oleh kebanyakan kumpulan KAPIR Heavy Metal/mana-mana artis yg. berperangai-BUAS-mcm-haiwan, termasuk Madonna, Lady Gaga, Kei$ha; Rihanna, Beyonce, Miley Cyrus dsbnya – lihat http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; dan http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013.

    Illuminati ini juga disyaki diKETUAI pemimpin dan jutawan-jutawan paling berkuasa lain di Barat-Israel termasuk Soros, Adelson (yg. ingin bom dgn. nuklear ke atas Iran), Rockefeller, Rothschild, Bloomberg dsbnya, serta Obama/Bush-Cameron/Blair-Sarkozi/Hollande/Fabius-Merkel-Netanyahu-House of Windsor (Queen Elizabeth juga dikenali sbg. "Ratu Israel"), yang ingin menubuhkan satu K'jaan Dunia Syaitan di bawah New World Order (NWO), berpusat di London, di mana tuhan mereka sebenarnya ialah Syaitan (lihat di http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/, The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)., tapi bertopengkan agama Yahudi-Kristian Zionis.

    Makcik Sambal Belacan – sungguh SAYU mengenang lagu ASLI Melayu PUSAKA kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham Tan Sri Saloma (AMN) [isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee (AMN)] - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup MELARAT di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro (mana bayaran ROYALTI BERJUTA dr. filem/lagu P. Ramlee/Saloma yg. BERLAMBAK termasuk dr. Shaw Brothers di S'pura?!).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.