Wednesday, November 20, 2013

Bapa Ayam Menyamar Jadi Jurukamera RTM di Pulau Pinang


Seorang lelaki yang dipercayai 'bapa ayam' ditahan setelah cuba mengelirukan polis dengan menyamar sebagai jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam satu operasi di Lebuh Chulia, Georgetown awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata. dalam operasi pukul 1 pagi itu, sepasukan polis dari cawangan perjudian, kongsi gelap dan maksiat (D7) pada mulanya menahan lelaki berusia 50-an itu bersama seorang wanita dipercayai pelacur kerana berkelakuan mencurigakan.

"Lelaki terbabit mendakwa dia sedang bertugas mengambil video operasi itu manakala wanita itu adalah isterinya dan kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut," katanya.

Lelaki itu dikatakan turut mengeluarkan perkataan kesat terhadap anggota polis di lokasi kejadian.

Katanya setelah disoal wanita berkenaan menafikan dia adalah isteri lelaki terbabit sebaliknya memberitahu polis bahawa lelaki itu adalah bapa ayam.

Gan berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu juga bekerja sebagai jurukamera bebas di samping menjadi bapa ayam kepada pelacur sekitar kawasan itu.

Lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 372A (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Dia juga disiasat menurut Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda.

2 comments:

  1. Syabas dan thaniah pada PDRM khususnya Bahagian D7 atas tindakan yang diambil. Namun yang menjadi persoalan ialah kenapa baru nak melakukan tindakan. Chulia Street hanya tidak sampai 2KM dari IPK PP. Dihujung persimpangan Chulia Street kearah Jalan Penang terdapat angota polis yang membuat pengawasan bit. Malah terdapat ramai anggota yang berkeliaran dikawasan itu. Pelacuran di Chulia Street dilakukan dengan secara terang seolah olah beroperasi seperti mempunyai lesen. Ramai perempuan Indonesia berkeliaran sepanjang malam berserta dengan pondan2 dari luar negara. Yang paling tidak tahan ialah operasi pelacur2 ini bersebelahan dengan sebuah surau yang terdapat dikawasan tersebut. Jangan hanya bertindak mengikut musim. PDRM khususnya D7 seharusnya menyerebu kawasan tersebut seberapa yang boleh dan membersihkan kawasan itu dari kancah pelacuran. Amat memalukan jika kawasan pelacuran hanya beberapa KM dari IPK. Malah angota dibalai Central juga boleh membantu dalam pencegahan pelacuran. Jangan hanya meronda dan melihat pelacur ditepi jalan dan tidak mengambil apa2 tindakan.

    ReplyDelete
  2. Akibat kebanjiran PELACUR termasuk dr. warga asing, di P. Pinang, disyaki sejak DAPBANGKAI memerintah (tapi si KAPIR KURAP ni akan sentiasa menyalahkan UMNO), si KAPIR-BINATANG-BUAS-guan-eng-SIAL ini mungkin juga akan MENGGERTAK NEGARA ISLAM kita ini utk. diJAJAH kapal-kapal tentera laut US/British yg. makin meningkat di Filipina (termasuk ambil peluang taufan besar yg. baru melanda Filipina) serta dr. UN, yg. sebenarnya dikuasai geng KAPIR Barat-Zionis, d bawah pro-US/NATO Ban ki Moon (bekas Menteri Luar Korea Selatan) - lihat di http://justread-whatever.blogspot.com/2013/11/lges-stupid-idea.html, LGE wants foreign troops in Sabah , by bujai, November 20, 2013:

    Penang Chief Minister Lim Guan Eng has proposed for the engagement of the United Nations forces to help monitor Sabah waters.

    …Actually he was hitting hard at the… Eastern Sabah Security Command (Esscom).

    Why didn't he propose a name for that UN team? And why did he pick the UN when (maybe) his main intention is to seek the United States to send its aircraft carrier to East Malaysia? Of he could suggest NATO to interfere in our security matters.

    What a bloody fool!

    GEORGETOWN: Bagan MP Lim Guan Eng has urged the federal government to seek assistance from the United Nations (UN) to ensure Sabah's security following the recent murder and abduction of tourists at an island resort….

    And why not the Israeli forces?

    Is LGE able to stop murders, abductions, robberies and other crimes in Penang? Does he has a God-given apparatus to detect as to when, where and how those criminals will attack the state?

    So, this is part of Pakatan Rakyat's plan, right? To let foreign forces invade Malaysia on the pretext of beefing up our security, and then let them do whatever they wish to ransack the whole country.

    Pakatan had previously called foreigners to monitor our general elections, our judiciary, our police, our armed forces, human rights condition and the Cabinet. No wonder the US and Australia had been spying on us all this while!

    The government is doing its best to step up surveillance in eastern Sabah and we are aware of the challenges. However, it will be done in stages and not as LGE's abrupt idea to invite UN or other foreign forces into the country.

    What has LGE learn from the interference of foreign forces in Iraq, Afghanistan, Libya, Egypy, Tunisia, South Korea, Japan and others? Simply answer - they will never leave!

    You want that to happen here?

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).


    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.