Saturday, November 23, 2013

Benarkah Keluarga Anwar Merupakan Keluarga Yang Rosak?


Salasilah hitam Anwar Ibrahim mungkin mengejut ramai pihak, tetapi itu bukan perkara baru, saya pernah dengar daripada bekas-bekas sahabat Anwar sebelum ini.

Seorang sahabat Anwar yang berasal dari Johor yang terlibat aktif dalam mempertemukan Anwar dengan Wan Azizah, ketika itu Azizah masih belajar di Dublin pernah bercerita perkara ini.

Memang ketika mula-mula mendengarnya, agak pelik, dan saya simpan sebagai maklumat persendirian sahaja, tetapi apabila mendengar dari pelbagai sumber yang berlainan, saya mula tertanya-tanya, benarkah salasilah Anwar ini ?

Benar, dalam mana-mana wikipedia, tiada catatan tentang sejarah hidup Anwar khususnya berkenaan latar belakang keluarganya yang sejarahnya itu terus melompat ke alam pelajar, terlibat dalam PKPIM, ABIM, sertai UMNO, masuk penjara, PKR dan akhirnya sejarahnya blackout hari ini.

Anwar dan ayahnya, Pak Ibrahim


Juga tiada buku khusus yang menceritakan sejarah keluarganya, kecuali buku-buku politik yang menceritakan tentang sejarah perjuangan politiknya..bla..bla..bla..

Akhirnya sejarah hidupnya ditinggalkan kosong dengan penuh misteri.

Keluarga Rosak



Buku pertama yang mendedahkan serba sedikit berkenaan latar belakang keluarga Anwar adalah buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM”

“Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

“Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan”.

Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar.

“Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai ‘politician’ Malaysia serta imej ‘Pak Sheikh’nya.

“Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba ‘menyembunyikan’ kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya.

Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar.

Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis.

Pak Ibrahim (bertanda bulat), Sukma Darmawan dan keluarga Anwar di Munich 2004

“Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya”, jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar.

Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.

Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai ‘kehebatan’nya sebagai pemimpin.

Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ?

Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia ? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat ?

Masanya tiba saya dedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya.

Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar.

“Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar).

“Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang.

“Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

“Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?,.
Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri ?

Sebelum ini, kita digembar-gemburkan Anwar sangat kasihkan ibunya, arwah Mak Yan, tetapi fakta yang didedahkan Sukma Darmawan sebaliknya.

Menurut pengakuan Sukma Darmawan, ketika Anwar masih bujang, dia lebih banyak menetap di rumah bapanya bersama isteri muda di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku, Petaling Jaya, berbanding dengan rumah arwah ibunya, Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.

Persoalannya kenapa ?

Farizon (bertanda bulat) di Capetown, Afrika Selatan


Mohamad Sabu, dalam Majalah Tamadun, 14 Jun 1998 pernah berkata, “Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?”. 

Dalam senarai saham yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1999, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai penerima saham Bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon (anak dengan isteri muda) dan Marzuki (anak dengan Mak Yan) memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Utusan Malaysia, 18 Oktober 1999 pernah melaporkan bahawa abang Anwar, Idrus Ibrahim pernah ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di kondominium Menara Seputeh.

Idrus Ibrahim, merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bahagian Bukit Mertajam ditahan oleh para pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ketika dihubungi di Sik petang itu mengesahkan penangkapan tersebut.

Petunjuk Arwah Sulaiman Palestin

Idrus (bertanda bulat) dan Chegubard


Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin juga merupakan salah seorang keluarga Anwar apabila mengahwini anak saudara Anwar, Zarerah Hanim Md Zaki. Zarerah anak adik Anwar, Rehan Ibrahim yang berkahwin dengan arwah Pak Lang Zaki.

Jika melihat petunjuk Chegubard, dia walaupun kaum kerabat Anwar tetapi nampaknya tidak gemar dengan cara Anwar mengemudikan PKR.

Kenapa Anwar pinggirkan Chegubard, sedangkan pemuda itu berkahwin dengan anak saudaranya ?

Ada yang tidak kena dengan keluarga Anwar ?


Paling misteri, Khairuddin Abu Hassan anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan mendakwa sepupu Anwar Ibrahim pernah membawa pesan Arwah Sulaiman Palestin bahawa halang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim kunjungi arwah Sulaiman Palestin. Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat)
Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim.

Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar’ Anwar.

Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari.

Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan, Mokhtar, Rani (arwah), Idrus, Marzuki, Rehan, Rosli, dan seorang lagi perempuan adalah anak Pak Ibrahim dengan Mak Yam.

Farizon satu-satunya anak tunggal Pak Ibrahim dengan isteri muda. Sukma Darmawan pula anak angkat yang tiada pertalian keluarga dengan Pak Ibrahim.

Anwar pula anak Pak Ibrahim dengan isteri yang mana ?

Sumber: Disini

12 comments:

  1. Pondek kata kamu nak hanya dikalangan Razak-Husin -Mahathir jadi PM, cakap lah begitu jangan lah berbelit belit macam ular sawa.

    ReplyDelete
  2. Anon diatas ni bebal gamaknya..keturunan seseorang tu penting..kahwinilah wanita kerana agama dan keturunannya bukan reta benda...pilihlah pemimpin yang tinggi moral dan keturunannya..apa kena mengena dengan Razak-Husin-Mahathir (dah tak ada calon lain..)terima ajelah

    ReplyDelete
  3. Dh tak ada kakak ke admin ni hingga ambil midah sbgai kak angkat hehe

    ReplyDelete
  4. Admin sudah2 lah nak mencari keburukan salasilah kuarga org. Tak ada sapa nak dengar dah. Apa yg rakyat nak sekarang terlepas dari cengkaman manusia2 rakus yg memerintah negara cam apa yg sedang rakayat alami sekarang. Minta maaflah, ini adalah tokok tambah dari pihak yg sengaja mencipta keburukan Anuar. Mana ada seorang atau sebuah keluarga yg terlalu sempurna kerana kita semua manusia biasa dan ada buat kesilapan tetapi dlm hal Anuar sengaja ditokok tambah agar rakyat benci terhadap Anuar. Banagimana pulak salasilah kehidupan Najib hingga terjebak mengakwini ratu janda 2 kali?

    ReplyDelete
  5. Bapak borek anak rintikk..... slama ni duk dengaq pak shikh pak shikh... buekkkk..... sheikh juburi laaaaa....

    ReplyDelete
  6. makin meroyan penyokong Anwarporno

    ReplyDelete
  7. Buka minda, keburukan pemimpin boleh di dedahkan supaya rakyat tak salah pilih. Agaknya titisan darah anwar ni ada yg tak kena, sampai menyeleweng sebegitu rupa. Hanya pengikut yg buta hati mgkn sbb dari keturunan yg kurang baik atau banyak makanan syubhah yg terus menyokong anwar ibrahim, gelagat ganas puak PKR telah membuktikannya......wallahuaklam, hanya Allah yg tahu. Bukti depan mata, Allah dah tunjukkan, buatlah penilaian..

    ReplyDelete
  8. Ape pya haprak admin mcm PRU14 bulan depan aje nk burukan Anwar mcm lh pemimpim umporno maksum semuanya, hrp2 keluarga Admin dilaknati Allah atau setidak2nya admin sendiri dipanah petir ke atau sebagainya...... ape admin dpt pn memburukan anwar, rasanya kehidupanya lebih baik dari admin, gua rasa admin penerima BR1M jadi fhm2 lh stnd admin..... mungkin 1 hari nnti gua percaya keburukan keluarga admin akan didedahkan oleh org yg perangainya sama mcm admin.... ape sejak 1999 lagi umporno x habis2 nk burukan anwar... ape lu dpt, sekurang2nya anwar hidup senang di banglonya di segambut.... gua caya hebat2 pn admin tinggal di umah terrace je.... sedarlh diri lagi pn setiapkali admin/umporno menghina anwar rakyat brtmbh meluat/benci dgn umporno n simpati dgn beliau.. insaflah admin sg.rapat.....

    ReplyDelete
  9. Teruskan admin Allah tahu apa yang kita lakukan sedangkan Anwar bersetubuh dengan China Doll pun Allah tidak hantar petir apatah lagi kita yang cuba membuat kebaikan

    ReplyDelete
  10. Kebaikan ape tu anoy 241102 mengaibkan org ape utz umporno x ajar ke? cuma hang rujuk kt Tok Peti Perak dia boleh jelaskan.......

    ReplyDelete
  11. Hadi Awang pernah berkata semasa PRK Permatang Pasir aib pemimpin perlu dihebahkan kerana pemimpin itu akan memimpin rakyat

    ReplyDelete
  12. Allah akan melaknat kepada sesiapa yang menyokong manusia yang melakukan liwat seperti kaum nabi Lut dan menyokong LGBT

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.