Monday, November 18, 2013

Berita Palsu 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila 18 November 2013







Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial terutamanya di facebook dan di twitter apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. 


Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. 

Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.


Berita Palsu 23 Hilang 7 Orang Terselamat

Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.

Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila

Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun


Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. 

Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

4 comments:

  1. Semua nak jd hero konon2 nak masuk paper yg dia hero hantu mcm hgland tower ini semua poyo last2 hantu yg jd hero korang jd apa? Semua nyusah kat org nak cari korang hilang. ?lain kali nak tiru hero sekali pon pk dulu ko tu kalu dah besar xpe ni kan dah menyusah byk pihak

    ReplyDelete
  2. Pengajaran, kalau tak cukup ilmu di dada jangan la cari pasal...apa2 pun semoga semuanya dilindungi Allah swt dan kembali kepangkuan keluarga masing2 dgn selamat hendaknya...

    ReplyDelete
  3. Kita berdoa kpd. ALLAH SWT Mohd Izzat akan selamat!

    Tapi saya syaki cerita KARUT ini adalah disebar oleh GENG KONGSI GELAP, utk. RAMPAS Tanah Villa LUAS ini yg. bernilai, melalui ejen hartanahnya, dgn. harga murah, kerana di Danga Bay, yg, hartanahnya makin meningkat terutamanya akibat syarikat dan pembeli dr. Singpura/serta waraga asing! Mungkin tanah ini tanah Rezab Melayu. Jadi polis mesti siasat kemungkinan jenayah oleh geng kongsi gelap terhadap Mohd. Izzat ini.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  4. Saman mak n anak coz buat kenyataan palsu

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.