Friday, November 8, 2013

Hina Melayu : DAP Berani Terus Biadap, Salah siapa?


Keangkuhan DAP dalam isu menghina bangsa Melayu dalam setiap ruang dan luang yang ada begitu menyakitkan hati kita. Namun kita perlu renungkan semula bagaimana boleh timbul keberanian sebegitu rupa untuk DAP bertindak secara terang menghina kita. Segalanya telah mereka rancangkan dengan teliti bermula dengan tuntutan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1948.

Apa yang lebih menyakitkan kita apabila tindakan DAP ini telah dibantu oleh bangsa Melayu yang mengkhianati Negara atas dasar dendam peribadi dan kepentingan masing-masing. Pada waktu yang sama sikap toleransi melampau kerajaan terhadap kebiadapan DAP juga turut menyumbang kepada keberanian berterusan DAP menghina bangsa Melayu.

Tony Pua sebelum ini telah menggelar ROS sebagai ‘anjing UMNO’ berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember tahun lalu. 


Desakan demi desakan meminta Tony Pua meminta maaf terhadap ROS yang majoriti kakitangannya adalah orang Melayu beragama Islam sekali gus mengguris hati kaum itu secara keseluruhannya dengan gelaran berkenaan. Namun rupa-rupanya ianya sekadar menjadi bahan lawak jenaka DAP sahaja. Mereka tidak pernah terlintas langsung untuk memohon maaf akan kebiadapan mereka ini.

Dalam keadaan DAP menang 38 kerusi di Parlimen mereka telah bertindak melampaui batas menghina bangsa Melayu yang merupakan tuan Tanah Melayu, Memang amat mengerikan untuk dibayangkan sekiranya mereka memenangi lebih banyak kerusi lagi. Demi mengekang daripada berlaku situasi kebiadapan yang lebih teruk DAP terhadap bangsa Melayu maka kerajaan harus bertindak tegas terhadap mereka. Dan yang lebih penting kita benamkan terus DAP dari arena politik tanahair pada PRU14 yang akan datang.

Sebenarnya sebelum ini Lim Kit Siang memang cukup “sakit hati” dengan jumlah penjawat awam Melayu yang ramai dalam kerajaan Barisan Nasional. Dalam tahun 2009 Lim kit Siang pernah berkata nisbah kakitangan awam-penduduk di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, iaitu 4.68 peratus berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus bagi Indonesia, 1.85 peratus bagi Korea Selatan dan 2.06 peratus bagi Thailand. Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha publisiti DAP dalam Sinchew Daily News, 1 November 2011 pula melaporkan bahawa jika Pakatan Rakyat (PR) dapat memerintah kerajaan pusat, mereka akan dikemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Dengan angkuh dan sombongnya Tony Phua menegaskan bahwa Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing. 


Mereka juga akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tidak cukupkah dengan segala diskriminasi yang bangsa Cina lancarkan terhadap bangsa Melayu di dalam syarikat-syarikat swasta milik mereka? Bangsa Melayu hanya layak menjadi “balaci” mereka dengan memegang jawatan yang tidak ingin disandang oleh mereka. 


Namun rupa-rupanya, niat untuk terus menganiaya bangsa Melayu masih cukup menebal sehinggakan mereka mahu bangsa Melayu yang mencari rezeki di dalam sektor awam juga ditindas. Ini merupakan perangai “komunis Bandar” setelah kerajaan Berjaya menghapuskan saki baki komunis di dalam hutan Negara kita.

Kekangan terhadap kebiadapan berterusan DAP harus ditangani oleh semua pihak yang bertanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional, UMNO, Ngo-ngo dan bangsa Melayu sendiri harus bangkit secara berhemah menangani sikap biadap ini demi memastikan Negara sentiasa berada didalam keadaan aman dan tenteram. 


Sikap apologetik setiap kali mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa Melayu perlu dihentikan. Jihad perjuangan kita demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.

Sumber

9 comments:

  1. aku dah naik menyampah kalau setakat pandai luahkan dalam blog jer..cuba luaskan sikit apa yang penulis lontarkan ni..luaskan biarlah sampai ke seantero Tanah Melayu ini

    ReplyDelete
  2. T'kasih di atas artikel BERNAS ini Sg. Rapat!

    Inilah akibat si Islam/Melayu LIBERAL MENJILAT KAPIR HARBI DAJAL , sedangkan umat Islam/Melayu, terutamnya yg.miskin, asyik MERANA tak habis-habis, di bumi PUSAKA Tanah Melayu kita, warisan dan korban berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah British-Zionis lagi! Tapi nampaknya Kelantan yg. dulunya NEGERI ISLAM yg. begitu kuat tradisi dan aqidah Islamnya, pun makin TERGADAI kpd. si KAPIR MUSUH Islam/Melayu!

    Patutlah ramai si Cina kat K’tan tu bukan main naik muka dia, sampai berdemo kat DAPBANGKAI kat P. Pinang, kerana PAS nak ketatkan hukum Islam termasuk dlm. cara berpakaian – tapi si Cina ni MELALAK nak hak mereka tayang gambar lucah kat salon/perniagaan dibela; memang BINATANG betul!

    Lihat artikel BERNAS ini di -http://pasberuk.blogspot.com/2013/11/cina-sokong-pas-sebab-balak-dan-tanah.html, CINA SOKONG PAS, SEBAB BALAK DAN TANAH, BUKAN SOKONG ISLAM. 7 November 2013:,

    Saya tidak pelik jika ada cina yg sanggup berjalan kaki ke masjid rusila gara2 pas menang di lubuk pas sg limau. Sg limau ibarat dun cempaka di klate, kawasan nik aziz.

    Kenapa cina sanggup berbuat demikian?
    Saya pernah berada di kuala krai kelatan, melihat gelagat cina yg membuka pos panas dan bilik gerakan pas atas nama cina untuk menyokong pas di klate. Kenapa mereka sokong pas?? Apakah mereka menyokong islam?

    Cina sokong pas bukan kerana sokong islam, tetapi mereka sokong pas kerana mereka dapat habuan dari pas. Di kelantan, mereka sanggup berhabisan kerana untuk memastikan kawasan pembalakkan mereka terus di luluskan oleh pas kepada mereka. Mereka sokong pas kerana ramai pemimpin pas bergantung kepada cina2 balak ini untuk funder mereka menjaga kepentingan politik.... Melayu pas mudah dibeli..

    Pelik dan hairan kerana cina yang anti islam ini sokong pas!!! Mereka sokong bukan pas, tetapi mereka sokong sebab pemimpin pas mudah dibeli.

    Bukan itu sahaja, cina2 yg menyokong pas ini mendapat kelulusan mudah untuk menjalankan perniagaan mereka, membina kawasan perumahan an dijual kepada org melayu... Tetapi apakah melayu di hulu kelantan mampu membeli rumah dan lot kedai yg berharga rm300k -rm600k??? Syaratnya memang bagus.... Developer cina ini perlu dalam masa 6 bulan menjual lot lot ini kepada melayu... Jika dalam masa 6 bulan itu tiada melayu yg mampu, maka mereka boleh menjual kepada bukan melayu.... Apakah melayu di hulu kelantan semuanya mampu??

    Sebab itulah lot lot kedai di hulu kelantan, jika di hitung bilangan pemilik melayu ... Masyallah... Kira dengan jari!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  3. Bah. Kedua:

    Dan lihatlah K'tan ini yg dikuasai PAS, PARTI ISLAM; tapi, umat Islam/Melayu yg amat miskin, anak YATIM, Ibu tunggal dsbnya DIABAIKAN! Nampaknya kita, BUMIPUTERA Islam/Melayu terpaksa pula menjadi PEMINTA SEDEKAH kat bangsa Bukan Islam/Bukan Bumiputera! Juga si Cina disyaki Kristian Zionis ini, asyik nak bantu umat Islam miskin K’tan terutamanya yg. keluarga BESAR dr. anak yatim dan ibu tunggal- mana Tabung Zakat mahupun NGO Islam/Melayu sendiri? Cara ini juga spt. di Indonesia, juga disyaki perancangan halus utk MENGKRISTIANkan org. miskin, di samping rampas tanah pusaka dan mengabui mata umat Islam/org. miskin utk. mempercayai NGO atau individu Kristian tersebut.

    Lihat di http://www.nst.com.my/nation/general/teen-wants-to-go-to-school-1.335185, Teen wants to go to schoolBy Nik Imran Abdullah, 10 August 2013:

    BRIGHTER FUTURE: Breadwinner wants to take up wiring or welding course to help family

    KOTA BARU: Muhammad Zulhairie Zainudin, who dropped out of school to care for his younger siblings, is keen to go back to the classroom to learn new skills.

    The 17-year-old said he hoped that the authorities could help him get a place in a vocational school so that he could train in wiring or welding…….He quit school when he was in Form One to help his poor family and became the sole breadwinner after his father died in May and his mother in 2008.

    The parents' deaths forced him to raise his four brothers and sisters, aged between 7 and 15, by working as a foodstall helper in Kampung Chekok here.

    With an income of RM150 a month now, he said he needed to earn more to ensure his siblings could continue with their schooling without interruptions………

    Muhammad Zulhairie Zainudin (left) and his four siblings seeking forgiveness from and receiving duit raya from businessman Datuk Seri Sunny in Kota Baru yesterday. Pic by Fathil Asri.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  4. Bah. Ketiga:

    Dan lihat Datuk Cina Sunny yg. SAMA, bantu satu lagi keluarga BESAR Islam/Melayu dr. Ibu tunggal kat K'tan juga! Ini sgt. MERBAHAYA!

    Lihat di http://www.nst.com.my/nation/general/datuk-helps-out-single-mum-1.376920, Datuk helps out single mum, By SHARIFAH MAHSINAH ABDULLAH, October 17, 2013:

    KOTA BARU: THE determination shown by a divorcee in taking up two jobs to feed her five children has touched a businessman to pledge aid for the family.
    The sympathetic donor even gave them a motorcycle with a sidecar to move around in.

    Rosnidawati Mohd Nor, 33, from Berek 12, here, holds down the two jobs to provide for her children, aged between 3 and 15.

    She works at a food stall and, in her spare time, runs a stall selling food and drinks near her village.

    "My husband left us when he remarried.

    …"I earn about RM500 a month as a stall assistant, while the income from my part-time stall is irregular and insufficient."

    Her friends and neighbours usually help when she runs short of money, but she does not get assistance from the authorities.

    Rosnidawati's plight caught the attention of Datuk Seri Sunny Ung…and decided to help by giving assistance, as well as donating essential items, such as flour, sugar, rice and milk, each month.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak bezakan syarikat swasta tu kepunyaan DAP atau MCA atau Gerakan atau orang yang tidak berpolitik?

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu terlalu banyak bersabar

    ReplyDelete
  7. UMNO tak ada `telor' itu jee yang kami rakyat biasa tau!

    ReplyDelete
  8. Jgn marah2 macai2 semua, cuba renong kembali fakta ini. tergadainya Bukit Tinggi kpd Berjaya Group (vincent Tan) sape pya angkara (hutang judi dibayar beliau) ? Tun M sape kamcing2 beliau? Vincent Tan, YTL. Goh Genting, Ananda Krisnan n byk lagi Taiko Cina......bkn cina DAP rampas rezab melayu? hingga Kedah Cement pn dh jadi YTL Cement, MB/PM masa tu sape? ngape sykt GLC Kedah boleh jatuh ketangan Cina.... Tun M/Syed Razak tau jawapnya.... hangpa tengoklh sendiri ape pemimpin umporno telah hancurkan harta2 milik org melayu..... jgn asik nk salahkn DAP n menakut2kn melayu dgn DAP.... sendiri PK lh bro macai....

    ReplyDelete
  9. Oi pecacai pakatan, ketua hangpa yg nama nur juburi dan lebai2 yg jadi ketua pas la yang sokong sangat segala kenyataan yang hina melayu. Yang dok cakap ni sial mengjina bangsa melayu, bukan soal ekonomi. Yang dapat tu bukan orang dap.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.