Tuesday, November 12, 2013

Kalimah Allah: Gereja Katolik fail permohonan merayu


Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang penerbitan mingguan gereja itu, The Herald, menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God".

Benjamin Dawson, seorang daripada peguam yang mewakili gereja itu berkata, mereka memfailkan permohonan itu semalam di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.

"Gereja mengemukakan 26 persoalan undang-undang dalam permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.

Dawson berkata, soalan undang-undang itu melibatkan tiga perkara iaitu persoalan perlembagaan, isu pentadbiran dan sama ada mahkamah boleh membuat keputusan ke atas isu perbandingan agama.

Katanya, persoalan penting termasuk sama ada Islam, sebagai agama Persekutuan, boleh mencabuli hak asasi dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan khususnya hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka dalam kumpulan agama minoriti.

Dawson berkata, satu lagi persoalan perlembagaan yang penting ialah sama ada negeri boleh campur tangan dalam soal hak kumpulan agama dalam mengendalikan hal ehwalnya sendiri.

Persoalan lain, katanya, ialah sama ada kekeliruan seperti didakwa oleh kumpulan agama tertentu merupakan alasan untuk membataskan hak kebebasan kumpulan agama yang lain.

Beliau berkata, persoalan mengenai undang-undang pentadbiran bertumpu ke atas kuasa Menteri Dalam Negeri iaitu sama ada keputusan Menteri Dalam Negeri atas alasan ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam dapat disemak semula oleh mahkamah.

Persoalan lain, katanya, adalah sama ada Mahkamah Rayuan boleh melakukan penyelidikan di Internet dan membuat rumusan tertentu terhadap isu perbandingan agama.

Beliau berkata, Gereja Katolik akan menyerahkan permohonan kebenaran itu ke Jabatan Peguam Negara untuk diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, kerajaan dan jabatan-jabatan agama negeri.

Dawson berkata, dijangka tarikh pengurusan kes akan ditetapkan dan selepas itu tarikh untuk mendengar permohonan kebenaran merayu itu pula akan ditetapkan.

Pada 14 Oktober, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang Herald menggunakan kalimah "Allah".

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah "Allah".

Pada 16 Februari, 2010, Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, memohon antara lain, diisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald adalah salah di sisi undang-undang.

Penerbitan mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God" dalam Herald edisi bahasa Melayu, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Disember, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.


3 comments:

  1. KURANG AJAR betulllah si gereja ni! Malaysia ni, adalah NEGARA ISLAM! Kalau kat Brunei dan negara liga Arab; jgn. haraplah si KJAPIR Musuh Islam/Melayu buat hal mcm. ni! Itulah akibatnya benarkan kes ini dibicarakan di Mahkamah sivil dulu; patutnya apa-apa isu berkaitan Islam, mesti ditentukan dlm. MAHKAMAH SYARIAH!

    Inilah akibat si Islam/Melayu LIBERAL MENJILAT KAPIR HARBI DAJAL, sedangkan umat Islam/Melayu, terutamanya yg.miskin, asyik MERANA tak habis-habis, di bumi PUSAKA Tanah Melayu kita, warisan dan korban berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah si KAPIR British-Zionis laknat lagi!

    Patutlah juga ALLAH SWT- makin turunkan bala kat negara ni, akibat PENGKHIANATAN Islam/Melayu LIBERAL mcm. ni, yg. makin berlambak dlm. PAS mahupun UMNO! Dahlah tu, siapa si LIBERAL; yg, menasihat PM kita utk. jadikan Langkawi mcm. pusat KAPIR Barat-Israel, Monaco – sawah padi dan kpg-kpg. Melayu warisan nenek moyang Melayu/Islam kita tu HINA sgtkah dan akan diGADAIKan berterusan pd. si KAPIR Musuh Islam/Melayu?! Kalau pelancong nak caranimati cara hidup KAPIR mereka, dah bersepah kat Barat; apahal kita nak hapouskan tradisi nenek moyang Islam/Melayu kita, yg. begitu INDAH dan SUCI, demi ´WANG pelancong/pelabur KAPIR! Langkawi itukan penuh sejarah Islam/Melayu -. dan sawah padi PUSAKA kita! Sebenatnya ramai pelancong dr. NEGARA ISLAM yg. lebih menghargai keindahan dan kesucian tradisi Islam/Melayu sebegini; mereka tak perlukan alkohol, berbikini sampai nak telanjang kat org. kpg. Dahlah tu, hotel terbaru si KAPIR yg. besar di Langkawi tu namanya "St. Regis" - bukankah 'St' itu maknanya 'Saint' dlm. Kristian?! Jadi Langkawi pun nak diKRISTIANkan?!

    Maka, tak cukup satu demi satu negeri, dah TUMBANG pd. KAPIR Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR (bersam sekutu mereka dr. Barat-Israel)? Ini termasuklah Kelantan dan T'gganu, yg. dulunya NEGERI-NEGERI ISLAM yg. begitu kuat tradisi dan aqidah Islamnya, pun makin TERGADAI kpd. si KAPIR MUSUH Islam/Melayu!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. PEMBETULAN:

    KURANG AJAR betullah si gereja ni! Malaysia ni, adalah NEGARA ISLAM! Kalau kat Brunei dan negara liga Arab; jgn. haraplah si KAPIR Musuh Islam/Melayu buat hal mcm. ni! Itulah akibatnya benarkan kes ini dibicarakan di Mahkamah sivil dulu; patutnya apa-apa isu berkaitan Islam, mesti ditentukan dlm. MAHKAMAH SYARIAH!

    Inilah akibat si Islam/Melayu LIBERAL MENJILAT KAPIR HARBI DAJAL, sedangkan umat Islam/Melayu, terutamanya yg.miskin, asyik MERANA tak habis-habis, di bumi PUSAKA Tanah Melayu kita, warisan dan korban berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah si KAPIR British-Zionis laknat lagi!

    Patutlah juga ALLAH SWT- makin turunkan bala kat negara ni, akibat PENGKHIANATAN Islam/Melayu LIBERAL mcm. ni, yg. makin berlambak dlm. PAS mahupun UMNO! Dahlah tu, siapa si LIBERAL; yg, menasihat PM kita utk. jadikan Langkawi mcm. pusat KAPIR Barat-Israel, Monaco – sawah padi dan kpg-kpg. Melayu warisan nenek moyang Melayu/Islam kita tu HINA sgtkah dan akan diGADAIKan berterusan pd. si KAPIR Musuh Islam/Melayu?! Kalau pelancong nak nikmati cara hidup KAPIR mereka, dah bersepah kat Barat; apahal kita nak hapuskan tradisi nenek moyang Islam/Melayu kita, yg. begitu INDAH dan SUCI, demi WANG pelancong/pelabur KAPIR! Langkawi itukan penuh sejarah Islam/Melayu -. dan sawah padi PUSAKA kita!

    Sebenarnya ramai pelancong dr. NEGARA ISLAM yg. lebih menghargai keindahan dan kesucian tradisi Islam/Melayu sebegini; mereka tak perlukan alkohol atau berbikini sampai nak telanjang kat org. kpg. Dahlah tu, hotel terbaru si KAPIR yg. besar di Langkawi tu namanya "St. Regis" - bukankah 'St' itu maknanya 'Saint' dlm. Kristian?! Jadi Langkawi pun nak diKRISTIANkan?!

    Maka, tak cukup satu demi satu negeri, dah TUMBANG pd. KAPIR Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR (bersama sekutu mereka dr. Barat-Israel)? Ini termasuklah Kelantan dan T'gganu, yg. dulunya NEGERI-NEGERI ISLAM yg. begitu kuat tradisi dan aqidah Islamnya, pun makin TERGADAI kpd. si KAPIR MUSUH Islam/Melayu!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya ulama bisu adalah tolol. Cakap berdegar cuma bila cakap bertaklik. Hok gini takut menikus.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.