Saturday, November 16, 2013

Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim punca Pas Tidak Boleh Kembali ke Landasan Asal - Hassan Ali


Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menganggap parti itu kini dalam persimpangan jalan dan seolah-olah ada vakum daripada segi kepimpinannya kerana berlaku pertembungan antara dua kumpulan di dalamnya.

Bekas pemimpin Pas dan bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berpendapat, kekosongan inti perjuangan Pas lebih ketara selepas ketiadaan Presidennya, Datuk Fadzil Noor.

“Pas kini berada di persimpangan jalan, jalan mana pilihan Pas? Saya dapati ada vakum dalam Pas sejak kematian Fadzil Noor. Ia dari segi kepimpinan, arah tuju, pengisian untuk memantapkan Pas, jihad yang disebut dan dimasukkan menerusi saluran seperti usrah dan pelbagai latihan mingguan, bulanan, tahunan kepada ahli parti.

“Bagi saya signifikannya ialah bahawa berlaku pertentangan diantara dua golongan. Ia tidak dinafikan dimana ini pertentangan diantara golongan ulama dan profesional yang dikatakan Anwarinas,” ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hassan berpendapat faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dan anai-anai dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal parti berkenaan.

“Secara peribadinya, saya mahu golongan ulama memimpin Pas. Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presidennya dalam kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat.

“Seterusnya ialah tentang Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri. Terdapat resolusi dan saya yakin ia akan dibawa ke muktamar iaitu mengkaji semula kedudukan Pas dalam PR. Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya Pas meninggalkan PR,” katanya sambil menambah sayap pemuda dan ulama parti itu sudah membangkitkan perkara yang sama sebelum ini.

Ditanya apa akan berlaku sekiranya Pas keluar PR, Hasan berkata, jika ia berlaku, asas perjuangan PAS pasti berjaya dikembalikan semula.

“Sudah pasti ia akan menghidupkan kembali akar-akar dan sendi perjuangan Pas. Ini berikutan selama ini parti diganggu dengan pelbagai ganguan dalaman seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng bahkan Anwar Ibrahim juga pernah dikatakan sebagai gangguan dalaman yang menyebabkan Pas tidak boleh kembali kepada landasan asal. Selain itu ia akan memperlihatkan kepada penyatuan masyarakat Islam,” katanya.

Mengenai kemungkinan beliau membuat rayuan untuk kembali ke pangkuan Pas, Hasan berkata, beliau bersedia jika hal ehwal berkaitan Islam, Melayu dan Institusi Raja mendapat keuntungan atau melihat Pas sudah kembali ke landasan asalnya.

3 comments:

  1. Aku jamin selagi PAS sekonkol dengan DAP dan PKR selagi itu PAS tidak dapat kembali kelandasan perjuangan asalnya iaitu menegakkan agama Islam dan mengutamakan Institusi Raja-Raja. Pemimpin-Pemimpin PAS sekarang yang diketuai oleh Hadi Awang tak boleh diharap langsung. Cakap putar belit dan tak ada karisma langsung...personaliti macam orang kampong tahap tahun lima puluhan macamana nak menghadapi cabaran global tanpa sempadan. Mereka tak boleh keluar dari sempadan pemikiran kekampongan mereka.

    ReplyDelete
  2. PAS tak mahu belajar dari sejarah. PAS menganggap mereka kebal, tak macam UMNO. Disebabkan sentuhan Anwar, UMNO hampir musnah. Tunggu masa nak tengok apa jadi pada PAS. Sentuhan Anwar bakal menaikkan atau menurunkan lagi mereka.

    ReplyDelete
  3. SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. KEBERANIAN Datuk Dr. Hasan Ali ini!

    Saya sendiri pernah berjumpa Mamat Sabu - saya syak dia ini dari puak Cina (muka dan perangai seolah mcm. Cina SAMSENG DAP). Puak Kristian Zionis. DAPBANGKAI/PKR disyaki sering MENYAMAQ sebagai orang Islam, termasuk utk. terus MENJAHANAMkan PAS sebagai parti Islam tulen, serta menjatuhkan Islam/umatnya dari dlm, termasuk dgn. menyebarkan fahaman Syiah/Komunis/Kristian Zionis/Liberal, dan menjatuhkan Malaysia (dan negara Islam lain) sbg. NEGARA ISLAM! Sebab itu makin ramai si kononnya-'Islam' yg. ganjil/kurang ajaq dlm. PAS, termasuk yg. membuat lapuran polis ke atas Mufti Kedah kita yg. menghentam fahaman Syiah. Dan tidak mustahil mana-mana pemimipin PAS, terutamnya ULAMA TULEN dlm. PAS, dan yg. ingin bersatu dgn. UMNO, akan disasarkan MUSUH ISLAM/MELAYU ini utk. diracun!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.