Saturday, November 9, 2013

Kenapa Ramai Sangat Pendatang Haram Masuk Ke Malaysia


Kerajaan sewajarnya bertindak lebih tegas terhadap agen pembawa masuk pendatang samada secara haram atau sah kerana jumlahnya sudah mencecah hampir 3 juta

SHAH ALAM 9 Nov. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 4 Klang (DM4) mematahkan percubaan menyeludup kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) apabila berjaya menahan seorang tekong warga Indonesia bersama dua lelaki dan seorang wanita dari republik itu di perairan Selangor kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang, Kepten Maritim Christopher Ravindran Dass berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam, bot ronda APMM yang sedang menjalankan operasi penguatkuasaan telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dan bergerak laju yang dipercayai dari negara jiran.

"Setelah diamati, bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran. Penguatkuasa APMM cuba menahan bot tersebut tetapi bot tersebut terus meluncur laju menghala ke daratan.

"Bot ronda APMM telah mengejar bot tersebut dan akhirnya dapat menahannya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


20 comments:

  1. Sepatutnya hukuman sebat dikenakan pada mereka yang masuk ke negara ini tanpa izin sebaliknya mereka yang ditangkap, ditahan di depot penahanan sementara seperti di Pekan Nenas, Johor sebelum dihantar pulang ke negara asal. Kemasukan mereka secara sah yang tidak terkawal bilangannya juga menyebabkan mereka tidak perlu menyesuaikan diri mereka dengan kehidupan dan budaya masyarakat kita.

    ReplyDelete
  2. Malaysia terlalu ramai pendatang asing bukan sahaja dari Indonesia saja tetapi terdapat juga pendatang asing dari Myanmar ,Bangladesh,INDIA ,Nepal,Afrika,Philiphine dan lain-lain lagi mereka ini banyak melakukan jenayah dan gejala sosial....mungkin jika tindakan tidak diambil jumlah mereka lebih ramai dari jumlah bumiputera....ingatlah sejarah puak pendatang yang diberi kerakyatan dah naik tocang yang membuat berbagai tuntutan dan mengambil hak yang menyusahkan kita...harap kerajaan mengambil tindakan ...supaya masalah ini dapat dibendung

    ReplyDelete
  3. Kini musuh yg akan mengharu birukan negara ialah pendatang asing, satu asrama buat kacaumpun kelam kabut di buatnya, inikan pula pendatang dah bersepah, ada ketikanya terasa kita menumpang di tanah air sendiri.bertindaklah dgn cepat sebelum kita dipersalahkan anak cucu kita kerana kita melayan petualang yg membawa pendatang masuk.

    ReplyDelete
  4. sabit kesalahan ..pembawa dan pelindung orang asing secara haram patut dihukum penjara seumur hidup dengan sebatan,,,

    ReplyDelete
  5. Salah satu kesalahan besar kita ialah melunakkan panggilan "pendatang haram" sebagai "pendatang tanpa izin". Terlalu berbudi bahasa bukan pada tempatnya. Akibatnya kita merasa pendatang haram bolelah kita terima - bukan suatu kesalahan besar. Tiada membawa apa-apa bahaya. Sekarang kita lihat padahnya.

    Kata bekas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan: "Pekerja asing terutama PATI (pendatang haram), tidak mempunyai ketaatan kepada Malaysia. Kalau terlalu banyak pekerja asing - kalau berlaku apa-apa - terdapat 'askar tersedia' di sini. Justeru kita perlu perketat penguatkuasaan untuk memastikan tiada lagi PATI (pendatang haram) masuk ke negara ini."

    (Benarlah pemerhatian Musa, 'askar tersedia' sudah ada di Lahad Datu dan Semporna.)

    Kata Musa, " Kalau tak silap saya, kita ada dua juta PATI, sedangkan polis 100,000 dan tentera 150,000. Cukupkah polis dan tentera hendak menghadapi mereka?" Jawab Musa, "Tak cukup!"

    Tegasnya: "Kemasukan pelancong dan pelajar asing juga perlu dipantau dengan lebih ketat bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan kebenaran yang diberikan, untuk aktiviti jenayah. Kita mahukan pelancong bukan pelacur. Kita mahukan negara jadi hab pendidikan, bukan hab pengedar dadah." (Utusan Malaysia 19 Mac 2013).

    Pesan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, insiden di Sabah ini "is a wake-up call for us, not only for the government but also the rakyat". Tidak saja di Sabah, tetapi di seluruh negara. Mesti bangun dan bertindak tegas macam "Ops Daulat".

    Peristiwa hitam - ganas - kejam di Sabah ini sepatutnya benar-benar menyedarkan kita daripada terlena oleh kesenangan: Bahawa "pendatang haram" - dari mana juga - adalah "musuh kita". Mestilah ditangani dengan tegas - bersepadu dan sungguh-sungguh. Perdana Menteri sudah melancarkan tindakan tegas di Sabah. Tidak boleh lagi ada tindakan sambil lewa.

    ReplyDelete
  6. Sudahla mereka ini datang secara haram, dah diberi makan dan minum serta tempat tinggal, pendatang asing ni boleh pulak nak buat onar lagi dalam Malaysia.Kerajaan dan badan imigresen perlu mengambil isu ini secara serius.Tahanan depot imigresen sudah semakin sesak dan telah banyak duit pembayar cukai @ duit rakyat yang telah digunakan hanya untuk pendatang asing ini.

    ReplyDelete
  7. Kenapa pentadbiran UMNO lembik sangat.....!
    jangan sampai rakyat bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn dengan kepemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  8. Bah. pertama:

    Tengoklah pengawal keselamatan dr. PATI, yg. kebanyakan BUKAN ISLAM (ramai Indonesia pun Bukan Islam atau menyamaq sbg. Islam, serta gunakan IC palsu Islam/Melayu kita)! Ini amat MERBAHAYA, kerana saya syaki terdpt. perancangan lebih BESAR dan halus DAJAL, disyaki dr. MUSUH Islam/Melayu DAPBANGKAI/PKR (serta sekutu mereka, Barat-Israel) utk. MENGECILkan umat Islam di Malaysia spt. di Singapura dan Palestin, paling utama melalui PENGKRISTIANAN terbuka/rahsia, Bumiputera Sabah/Sarawak dan Orang Asli serta Islam/Melayu liberal. Dan kemudian membawa masuk seramai mungkin pekerja/PATI Bukan Islam (termasuk MENYAMAQ sbg. umat Islam/Melayu kerana ramai Indonesia/Filipina yg. muka mcm. Melayu) - kerana itulah JAWI/JAKIM mesti memainkan peranan bersama KDN utk. menyiasat latarbelakang Islam pekerja/pelarian asing samada mereka benar-benar org. Islam, dan berdakwah/berbuat kebajikan berterusan kpd. mereka sekiranya mereka benar-benar Islam.

    Dan mungkin juga sy-sy- yg. gemar menggaji PATI/pekerja Bukan Islam ini adalah dr. Geng Kongsi Gelap, yg. ingin menutup rahsia mereka! Dan geng kongsi gelap Cina sindiket DADAH/SENJATA API/PELACURAN-PORNOGRAFI juga galak melabur dlm. industri hartanah, sebab itu juga mungkin suka ambil PATI Bukan Islam sbg. pengawal keselamatan perumahan/kilang (jadi tentu tak akan ambil BEKAS TENTERA/POLIS Islam/Melayu kita) – lihat di - http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/10/Gang-36-one-of-the-most-feared-in-the-nation.aspx, Gang 36 one of the most feared in the nation, Saturday August 10, 2013.

    Dan ini jugalah sebab disyaki ada lagi perancangan halus si DAJAL RASIS, termasuk dr. geng kongsi gelap ini, disyaki ditaja MUSUH Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/ di belakang JENAYAH rumah/kpg/kedai/ah/kpg/kedai/sekolah-asrama agama umat Islam/Melayu yg. asyik terbakar - saya syaki ini adalah satu MO geng kongsi gelap utk RAMPAS tanah atau HALAU umat Islam/Melayu dr. situ!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  9. Bah. Kedua:

    Dan lihatlah kenapa umat Islam/Melayu kita (terutamanya BEKAS TENTERA/POLIS Islam/Melayu kita, yg. dulunya ramai bekerja sbg. pengawal keselamatan) dilayan spt. KULI SAMPAH berbanding pengawal keselamatan asing (termasuk PATI Bukan Islam) - di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131104/dn_13/Pengawal-hidup-bawah-paras-kemiskinan; Pengawal hidup bawah paras kemiskinan:

    KUALA LUMPUR 3 Nov. - Rata-rata pengawal keselamatan di Lembah Kelang dikategorikan hidup di bawah paras kemiskinan iaitu menerima purata pendapatan bersih sebanyak RM1,200 sebulan.
    Keadaan itu sedikit sebanyak mungkin boleh 'menjelaskan' mengapa punca golongan terbabit mudah terjebak dalam jenayah.

    Dalam temu bual bersama 20 pengawal keselamatan tempatan di syarikat kawalan keselamatan kurang dikenali memberitahu, purata pendapatan bersih mereka RM1,200 sebulan dengan tempoh kerja selama 12 jam sehari.

    Bagaimanapun, keadaan itu berbeza dengan pengawal keselamatan warganegara Nepal yang menikmati pendapatan RM1,400 sebulan dengan waktu kerja 12 jam sehari.

    Pengawal keselamatan, Rahman (bukan nama sebenar) mendakwa, selain tangga gaji yang rendah, mereka tidak mendapat faedah kebajikan setimpal daripada majikan seperti cuti sakit atau elaun pakaian seragam.

    Jelasnya, ia menyebabkan tidak ramai rakyat tempatan yang mahu menjadi pengawal keselamatan sebagai profesion melainkan terpaksa.

    "Kalau ada pilihan saya tidak mahu bekerja sebagai pengawal keselamatan yang sebenarnya mempunyai kehidupan amat menyedihkan.

    "Kami terdedah dengan pelbagai risiko kerja seperti ditembak, dipukul dan sebagainya tetapi gaji masih terlalu rendah sedangkan pemilik syarikat untung jutaan ringgit setiap tahun," katanya.

    Turut berkongsi pandangan sama, pengawal di sebuah syarikat keselamatan kecil yang ingin dikenali sebagai Angah yang memberitahu, dia menerima gaji RM550 sebulan selepas dipotong caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sewa asrama penginapan dan pakaian seragam.

    Dia yang berasal dari Pahang berkata, bayaran kerja lebih masa juga kecil disebabkan gaji pokok rendah sehingga sekali sekala terpaksa bekerja 24 jam sehari untuk mendapat pendapatan lebih.
    "Kami sendiri pernah mempersoalkan pihak majikan tentang gaji pokok RM700 yang jauh lebih rendah daripada gaji minimum yang ditetapkan kerajaan.

    "Tetapi malangnya, jawapan yang diterima cuma syarikat tidak mampu membayar gaji minimum yang ditetapkan kerajaan selain harga kontrak ditawarkan syarikat juga terlalu rendah," ujarnya.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  10. Masaalah Pati semua bermula semasa zaman Megat Junid jadi T/KDN dulu, semasa operasi Pati semua ditahan di Depoh Tahanan kemudian beliau kata sesiapa majikan yg hendak pekerja asing boleh mengambil mrk di depoh dgn berurusan dgn agensi pekerja asing, rupa2nya agensi di monopoli oleh isteri ke 2 beliau n adik beradiknya.... buat bisnes lah pulak.... sape boleh tegur, PDRM o Imegresin? semua dibawah KDN..... nmpk pengkhianatan pemimpin Umporno kpd Negara..... semua salah Umporno PK PK kan lh semua macai2...

    ReplyDelete
  11. Dzhvp01 dah menang ni tak kan terus jadi lembik. Pati berleluasa kerana kelemahan dalam sistem imigresen. Dasar dah bagus tapi pembuat dasar kena monitor perlaksanaan. Yg bagi umno sakit adalah pelaksana yg tidak cekap dan bolos serta dilindungi pula olih pembuat dasar. Belum dengar lagi majikan kena hukum sebab ambil pati. Tak kan sejak menang ni menteri dah jadi menteri amaran juga........

    ReplyDelete
  12. Oi anon 10:27pm DBmall, lu jgn bikin TEMBERANG KERBAU BODOH lu! Bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris, lu tak paham! Immigrant maknanya PENDATANG; PATI atau illegal alien pula maknyanya PENDATANG HARAM, bodoh! Nak bela PATI konon!

    Jadi baik lu pi BERAMBOS kat blog-blog DAJAL BODOH DAPBANGKAI/PKR!

    ReplyDelete
  13. Tmn sri serdang selangor banyak pati takde tangkapan.sebaliknya p____ dtg mintak duit perlindungan je.mintak ambik tindakan...

    ReplyDelete
  14. Betul. Azwath kat flat bosnia tu jd tempat melepak malam2. Ada kwn sedara aku dpt TB sbb lepak situ dan infection dari pendatang ni la.

    ReplyDelete
  15. Pendatang ramai kat malaysia sebab undang undang lemah dan pemimpin tak ada telor.

    ReplyDelete
  16. Kedatangan pendatang asing,khususnya yang tanpa izin,juga mendatangkan masalah perumahan.Mereka mendirikan rumah secara haram dan tidak memikirkan tentang masalah orang lain.Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka.Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas,seperti sistem pembuangan sampah dan sistem pembuangan sisa air kumbahan.Oleh itu,pencemaran alam sekitar akan tercemar dan kotor.Selain itu,pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut akibat kemunculan setinggan ini.Namun itu,imej negara akan terjejas kerana ini mengambarkan kelemahan pentadbiran negara serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.

    ReplyDelete
  17. Hak rakyat kita juga sedikit terjejas.Pihak majikan lebih menyukai untuk mengupah
    pendatang asing tanpa izin dalam sektor peladangan,pembinaan,dan pembantu rumah
    kerana gaji mereka lebih murah berbanding orang tempatan.Hal ini pasti menjejaskan
    peluang pekerjaan rakyat kita,sesungguh bukan semua rakyat tempatan tidak berminat
    dalam bidang pekerjaan ini.Selain itu,banyak diantara mereka melibatkan diri dalam
    aktiviti perniagaan,misalnya membuka gerai makanan,menjual barang kemas,lampu
    hiasan,batik dan sebagainya.Malah di antara mereka yang kaya-raya,berumah besar
    tanpa membayar cukai pendapatan.Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya,
    peluang pekerjaan warga tempatan semakin sempit.Hal ini memang tidak adil kepada
    rakyat kita sama sekali.

    ReplyDelete
  18. Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas.Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan.Sebaliknya,pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian kerana takut ditahan oleh pihak yang bertanggungjawab atau takut diperlakukan secara fizikal.Banyak di kalangan mereka yang datang dari kawasan mundur di negara asal,jadi kesihatan mereka kurang terjamin.Ada di antara mereka yang menhidap AIDS,TIBI penyakit KELAMIN dan sebagainya.Akibatnya,rakyat kita menjadi mangsa keadaan.Statistik menunjukkan bilangan rakyat kita telah menghidap TIBI.Banyak pendatang asing juga membawa pelbagai penyakit dan telah disahkan sebagai pembawa kuman HIV,dan HEPATITIS.Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepatkan jangkitan AIDS merebak.

    ReplyDelete
  19. Kita jgn. TERPERANGKAP; tetapi mesti bezakan antara PENDATANG SAH dan PATI! Saya syak PATI Bukan Islam sedg. direkrut beramai-ramai masuk Geng Kongsi Gelap Cina/India, kerana disyaki, berkaitan perancangan politik DAJAL MUSUH Islam/Melayu disyaki dr. DAPBANGKAI/PKR (dan sekutu PAP-Barat/Israelnya) utk. terus MENGGERTAK Islam/umatnya, termasuk menjadikan umat Islam sbg. mangsa pembunuhan dan jenayah kejam lain, dlm. pembunuhan beramai-ramai (GENOCIDE) ke atas umat Islam/Melayu, utk. MENGECILkan umat Islam/Melayu.

    Maka nampak sgt PENGGANAS RED BEAN KURAP sedg. galak kempen, mahu MENGHASUT org. Melayu benci sesama umat Islam, terhadap PENDATANG SAH pekerja Islam dari Bangladesh, lepas tu semua kaum Sulu Islam (seolah semua pengganas sedgkan ramai dari kaum Sulu adalah Bumiputera Islam Sabah, kerana Filipina termasuk Kepulauan Melayu sebelum PENJAJAHAN Inggeris/Sepanyol), lepas tu umat India Islam ('mamak') dan skrg. pekerja/umat Indonesia Islam pula (tetapi saya cdgkan pekerja asing Islam mesti ada surat Imam Masjid/Surau di M'sia dan JAKIM/JAWI mesti pantau pekerja Islam, utk. buktikan mereka ini benar-benar org. Islam)!

    Hari itu juga bukan main galak lagi EVANGELIS Star melaporkan tentang peningkatan penghijrahan pekerja Nepal (juga selalu berjuang utk pekerja/pelarian Bukan Islam Myanmar terutamanya yg. Kristian dr. puak Karen atau yg. Buddha) ke Malaysia ini (di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/10/05/No-jobs-no-hope-Nepals-workers-head-to-the-Gulf-and-Malaysia.aspx, No jobs, no hope, Nepal's workers head to the Gulf and Malaysia, October 5, 2013) - majoriti adalah beragama Hindu, dan makin ramai menjadi Kristian, sedangkan Bumiputera dan umat Islam di Nepal makin ditindas! MUSUH ISLAM/MELAYU amat risau dgn. kedatangan imigran Bangladesh/Indonesia/Mindanao Islam serta pelarian Islam Rohingya, jadi mereka akan cuba memperjuangkan kemasukan pekerja asing Nepal atau mana-mana pekerja Bukan Islam beramai-ramai; maka KDN mesti berhati-hati!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.