Friday, November 22, 2013

Ketua Pengarah Imigresen Terima Habuan RM60,000 Sebulan Lepaskan 4337 Pendatang Bangladesh


Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don berjaya dalam permohonannya, hari ini, untuk menangguhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 atas kesalahan menerima rasuah RM60,000, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Husin, menetapkan jaminan RM200,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Wahid, 59, dituduh menerima RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai sebahagian bayaran untuk mempercepatkan pengesahan visa 4,337 warga Bangladesh untuk memasuki negara ini.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Lembah Ledang, Kuala Lumpur, pada 10 Julai 2008.

Ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah sesyen di Mahkamah Tinggi namun tidak berjaya. SPRM kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, yang diluluskan April tahun ini.


Tidak hairanlah terlalu ramai pendatang haram dalam Malaysia kerana Ketua Pengarah Imigresen sebagai petualangnya.

Kerajaan sewajarnya memohon supaya 'title' Datuk yang digunakan ditarik balik demi menghukum petualang negara.

5 comments:

  1. Bagaimana pula individu yg memberikan habuan tersebut? Apa pula tindakan yg akan, sedang atau telah dikenakan kdpnya? Kita byk fokus pd penerima rasuah, tetapi yg memberinya bagaimana pula?

    ReplyDelete
  2. Dalam hal ini, sapa lapor dulu rasanye dia x salah, patutnya KP ni lapor ke SPRM tapi dia pegi ngap kenapa, ada juga pegawai polis yg cuba disogok dan dibuat laporan, org yang bagi pula kena dakwa...

    ReplyDelete
  3. wayang aja u bru intro...lama kelamaan..lepas x cukup bukti nk dakwa....biasa skripnya begitu bukan rahsia lagi...ini auta....hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. Kalau mamat ni lapur SPRM yg Datuk Low suap dia pasti Low kena tapi skrg mamat ni yg minta dr Low tu pasl dia kena....... kadang2 SPRM betoi gak bro anoy 2.38pm,,,,

    ReplyDelete
  5. Di dalam kes sebegini pihak mahkamah semestinya berpihak kepada kerajaan. Kes seperti ini amat serius melibatkan keselamatan negeri. Pernah ramai yang telah bersuara jenayah sepert ini mesti dikenakan hukuman rotan mandatory.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.