Friday, November 22, 2013

Pemuda Pas Pulau Pinang Dedah Pas Hanya Jadi Boneka Parti Kafir DAP


Kemelut yang melanda pakatan pakatan pembangkang di Pulau Pinang seolah-olah berada di kemuncaknya apabila PAS mengakui mereka umpama 'boneka' kepada kerajaan negeri pimpinan kafir DAP.

Mengumpamakan PAS hanya sebagai penumpang sebuah kereta yang dipandu kafir DAP, parti itu mendedahkan pimpinan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang keputusan dalam kerajaan negeri.

Kecewa dengan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, Perwakilan Pemuda PAS dari negeri itu, Mohd Raduan Ramli menggunakan pentas Muktamar Pemuda PAS Pusat sebagai medan bagi menggesa kepimpinan partinya mengambil tindakan susulan mengenai tahaluf siyasi yang dijalinkan kedua-dua parti itu.

"Tiada jalan nak kita kemukakan, tiada medan untuk kita berbincang. Ini bukan soal gila kuasa, bukan soal minta jawatan tapi soalnya adalah mereka beri kereta kepada kita dan mereka suruh kita jadi penumpang tapi mereka pegang stereng kereta.

"'Seat' kereta mereka bagi kita duduk, tapi stereng mereka nak pegang. Mereka nak buat keputusan yang telah dibuat, mereka minta kita akur dengan keputusan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS pada muktamar tahunan ke-54 sayap itu di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Khamis.

Selasa lalu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof mengejutkan banyak pihak dalam pakatan apabila memberi kata dua kepada kerajaan DAP agar berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam.

Selain itu beliau juga menuntut kerajaan negeri pimpinan Guan Eng melantik lebih ramai pemimpin PAS sebagai ahli majlis negeri.

Tambah Mohd Raduan, beliau berharap pimpinan tertinggi parti itu mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat mengenai situasi hubungan PAS dan DAP di Pulau Pinang.

"Kami berdepan dengan situasi ini dan kami harap sahabat serta saudara dalam perjuangan usahlah mudah menaburkan kata-kata tanpa mendapat cerita yang sebenar daripada kami yang berada di Pulau Pinang",katanya.
Tapi bagi pemimpin Dap ugutan dan kecaman dari Pas tidak sedikit pun menakutkan pemimpin kafir Dap kerana memang benar Pas adalah sebuah parti yang menjadi pecacai kepada parti kafir Dap

4 comments:

  1. Padan muka Pas akan jadi barua DAP selama-lamanya

    ReplyDelete
  2. bila berkerjasama bukan kerana Allah.itulah nasibnya

    ReplyDelete
  3. Kalau dah jadi hamba abdi DAP...inilah akibatnya...takde maruah langsung parti haramjadah ni!!!

    ReplyDelete
  4. Biasalh melayu bkn pandai berpolitik kadang2 sesama melayu pn tikam, khianat, dengki, aniaya n mcm2 lagi.... cnth mcm umporno nk tawan Kelantan, kan melayu yg perintah ape pasal nk tawan gak, semua tu bkn kerana apa, semua krn tamak semua umporno nk berkuasa.... kalau nk tawan penang gua setuju krn DAP {Cina} yg perintah, tapi smpi 5 6 kalai tukar presiden pn umporno x dpt pya........ lagi pn umporno penang bkn nya melayu tapi mamak tongkang jgn x tau...... he3 jgn marah ape x percaya ke? tanya rezal merican dia melayu ke?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.