Friday, November 29, 2013

Perhimpunan Aman dan Penyerahan Nota Bantahan di Kedutaan Myanmar





Majlis Pertubuhan Islam Malaysia bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan telah mengadakan perhimpunan aman dan penyerahan memorandum bantahan ke atas penghinaan Myanmar terhadap umat Islam di Kedutaan Republik Kesatuan Myanmar.

Apa yang kita tahu tentang penganiayaan terhadap etnik Rohingya di Mynmar.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. 

Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. 

Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.


Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.
Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam.

2 comments:

  1. Bah. pertama:

    Sebenarnya PENAJA utama PENGGANAS sami-sami Buddha itu adalah Barat-Israel, kerana di negeri yg. majoriti umat Islam Rohingya, Rakhine, penuh minyak-gas!

    Lihat juga di mana sebenarnya seluruh umat Islam, di seluruh dunia terutamanya NEGARA ISLAM yg. kaya minyak-gas, termasuk Tanah Melayu kita ini, mahu di'KECIL'kan dlm. 'GENOCIDE', di mana, pelbagai jenis senjata nuclear dan biologi, termasuk pelbagai jenis bakteria utk. menyebabkan wabak penyakit, dicipta oleh Israel (serta sekutu Illuminati Baratnya) - di http://www.globalresearch.ca/israels-secret-nuclear-biological-and-chemical-weapons-nbc/5352454, Israel’s Secret Nuclear Biological and Chemical Weapons (NBC), By Manlio Dinucci, Global Research, October 01, 2013.

    Sebab itu jugalah NGO-NGO Yahudi-Kristian Zionis dr. Israel-Barat, makin mensasarkan pelarian Islam, terutamanya pelarian Syria yg. sebenarnya termasuk pelarian Islam Palestin dan Iraq, kononnya utk. di’bantu’ – tapi saya syaki utk. DIMANDULkan atau DIRACUN dgn. pelbagai penyakit, di samping anak-anak yatim piatu pelarian Islam disasarkan utk. diMURTADkan, serta dipergunakan utk. bahan eksperimen kimia, sindiket organ/pornografi/pelacuran/Pedofilia (sedangkan pelarian Kristian diberi perlindungan sempurna di Barat). Lihat berita Yahudi Zionis Jerusalem Post (JP) ‘bersorak’ tentang NGO Israel ini “memberi makan” (feeding) pelarian Islam Syria – di http://www.jpost.com/Middle-East/Israeli-group-quietly-feeding-Syrian-refugees-in-Jordan-329385, Israelis are, feeding Syrian refugees in Jordan, but in secret , By JTA 10/22/2013.
    Juga satu lagi disyaki NGO Yahudi Zionis, iaitu Yank Barry Foundation (bekas penjenayah berkaitan Mafia – tetapi menggunakan nama Muhamamd Ali yg. telah lama sakit Parkinson, dr. sebelum NGO itu ditubuhkan) “memberi makan” pelarian Islam Syria di Bulgaria, http://www.prnewschannel.com/2013/11/13/jewish-humanitarian-philanthropist-yank-barry-frees-50-syrian-refugees-in-bulgaria/, Jewish humanitarian, philanthropist Yank Barry frees 50 Syrian refugees in Bulgaria, PR NewsChannel, November 13, 2013; dan http://news.nationalpost.com/2012/04/15/yank-barry/, The world according to Yank: Montrealer with checkered past gets Nobel nod, or does he?, Joe O'Connor, 15/04/12.

    Lihat lagi disyaki projek KEMANDULAN besaran Bumiputera Dunia ‘Ketiga’/Dunia Islam, melalui ‘vaccine’ di http://smirkingchimp.com/thread/richardgale/31449/death-by-vaccination-the-gates-foundation-and-the-new-eugenics, Death by Vaccination: The Gates Foundation and the New Eugenics, by RichardGale , September 22, 2010.

    Sebba itu jugalah saya syaki kenapa PEMIMPIN/BIJAK-PANDAI/RAKYAT dr. umat Islam/Melayu adalah MAJORITI, ditimpa mcm-mcm penyakit. kemalangan, jenayah dan bencana, di Malaysia ini? Kita bukan nak menyoal Takdir, namun angkara JAHAT pd. mangsa dan keluarga mereka, tidak boleh dibiarkan terlepas dlm. Islam - lihat suntikan kimia utk. menyebabkan kanser/sakit jantung/racun di http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!

    Makcik Sambal Belacan – sungguh SAYU mengenang lagu ASLI, BUDAYA Melayu PUSAKA INDAH kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham-Allahyarham Kamariah Noor (mana gelaran utk. JASAnya) atau Puan Sri Saloma (AMN) [isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee (AMN)] - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup MELARAT di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro (ROYALTI BERJUTA dr. filem/lagu P. Ramlee/Saloma yg. BERLAMBAK – adakah dgn. si KAPIR Shaw Brothers di S'pura tu?!)

    ReplyDelete
  2. Bah. Kedua:

    Sebab itu kita harus memberi kerakyatan segera pd. pelarian ISLAM Rohingya, selatan Thailand (yg. ganjilnya makin ramai pendatang Buddha Thailand menetap kat Kedah), Mindanao dan juga dr. Palestin dan Iraq. Tapi pastikan mereka benar-benar Islam, melalui pemantauan JAKIM/JAWI/YADIM. Kitakan NEGARA ISLAM, yg. harus membantu sesama Ummah - pedulikan GERTAKAN "demokrasi" Barat-Zionis si KAPIR Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR (bersama sekutu PAP-Barat-Israel mereka)!

    Bahkan kat Barat, rejim-rejim Kristian Zionis (tapi kononnya mereka 'sekular' - pala hotak PENIPU!) sekrg begitu agressif MELAMBAKkan seramai pelarian Kristian secara SAH dan SELAMAnya, dr. negara-negara Islam yg. mereka serang dgn. BUAS spt. di Iraq, Mali, Syria,Libya; Mesir dsbnya, utk. merompak kekayaan minyak-gas Dunia Islam kerana Barat hampir BANGKRAP! Kalau pelarian Islam, diberi penempatan sementara dan akan dihantar balik bila dah aman kononnya - tidak spt. dulu lagi, kerana rejim-rejim Barat Kristian Zionis sedar yg.pelarian Islam tidak akan mengundi parti mereka lagipun. Cthnya di Jerman, bukan hanya pelarian Kristian dr. Syria, Mesir makin dsbnya ditingkatkan (tak minta pun kebenaran parti pembangkang), tetapi puak Kristian Katolik/Zionis fanatik dr. Poland dan Rusia, makin meningkat - utk. MENUMBANGkan kekuatan umat Islam Turki (yg. mendpt. kerakyatan hanya selepas berdekad menjadi hamba-abdi di Jerman ini - itupun melalui anak-anak mereka).

    Di Israel juga, PENJAJAH GANAS Yahudi yang asyik membunuh, memenjara dan menindas BUMIPUTERA Islam Palestin, termasuk dengan memberi kerakyatan kpd. jutaan imigran Yahudi dan Kristian Zionis, untuk MENGECILKAN jumlah umat Islam Bumiputera Palestin, dan memberi hak istimewa termasuk perumahan dan pendidikan, untuk bangsa Yahudi dari askar (yang tiada Bumiputera Islam Palestin) – tidak juga dihentam si pencinta “demokrasi dan hak asasi manusia” dari Barat (bahkan Israel si penjajah ganas ini adalah sekutu kuat si Barat hipokrit durjana)!

    Dan rejim Cina PAP ditaja MOSSAD-CIA-MI6, untuk tawan S'pura dari TANAH MELAYU; juga telah beri kerakyatan dgn kpd jutaan imigran yang bukan pekerja/pelarian pun, dari bukan Islam Cina dan Kristian untuk MENGECILKAN terus jumlah dan MENINDAS umat Islam/BUMIPUTERA Melayu, juga dibela oleh sekutu kuatnya, si Barat-Israel. Bahkan polisi mengambil jutaan imigran bukan Islam ke Singapura, ini ditiru dari Israel - sekutu kuat rejim penjajah Cina ini - lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009!

    Makcik Sambal Belacan.


    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.