Thursday, November 7, 2013

Subsidi Hemodialisis Tidak Diluluskan, Ribuan Pesakit Buah Pinggang Berdepan Risiko Kesihatan

Dianggarkan seramai 5,000 pesakit buah pinggang baharu setiap tahun memerlukan rawatan hemodialisis.

Beribu-ribu pesakit buah pinggang sedang menghadapi masa yang sukar kerana Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak meluluskan subsidi bagi rawatan hemodialisis bagi tahun ini.

Ada yang dilaporkan telah menunggu kelulusan ini selama tiga tahun.

Bilangan kelulusan bagi subsidi bulanan sebanyak RM600 mula berkurangan pada tahun 2011, dan menjadi minimum pada pertengahan 2012.

Pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (BGO) berkata mereka diberitahu oleh Kementerian Kesihatan supaya mencari dana di tempat lain kerana mahu memberi tumpuan kepada pesakit baharu.

Mereka juga berkata sesetengah pesakit telah menunggu kelulusan subsidi selama tiga tahun, bukannya tempoh seperti biasa, satu hingga tiga bulan.

Di Malaysia, ramai golongan miskin bergantung kepada subsidi rawatan dialisis, tetapi kerana kekurangan pusat-pusat yang dikendalikan oleh kerajaan, ramai yang beralih kepada pusat-pusat yang dikelolakan oleh NGO, yang bukan berasaskan keuntungan.

Melalui pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan NGO ini, mereka boleh memohon untuk subsidi dialisis sebanyak RM600 (RM50 bagi setiap dialisis) setiap bulan dan suntikan percuma.

Satu pemeriksaan secara rawak mendedahkan bahawa Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan masih mempunyai 200 pesakit yang masih menunggu untuk subsidi, 50 pesakit di St John's Pt Selangor di Klang, 40 pesakit di pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh pertubuhan agama yang enggan namanya disiarkan, 22 di Pusat Hemodialisis Rotary Pontian dan lima pesakit di Pusat Lions Renal KL.

7 comments:

  1. Siapa suruh makan gula banyak sangat ni?

    ReplyDelete
  2. End stage renal failure, tidak hanya disebabkan kencing manis, boleh jadi dr pelbagai sebab, kalau tak dialyse, tak sampai 2 minggu biasanya berangkatlah dia ke alam yg seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Sakit buah pinggang ni bukan sahaja disebabkan oleh makan gula banyak garam pun boleh rosak buah pinggang juga

    ReplyDelete
  4. subsidi ini telah dirembat oleh kroni Umno...padan muka rakyat Malaysia..subsidi hemodialisis pun kena rembar dgn Umno...

    ReplyDelete
  5. Bah. Pertama:

    Inilah balanya bila Kem. Kesihatan dan (Menteri. Pengangkutan yg akan dtg juga) diterajui BUKAN ISLAM; kerana disyaki majoriti mangsa adalah umat islam/Melayu dan Bumiputera lain!

    GANTIkan shj. Menteri Kesihatan ni - rakyat makin MERANA; denggi, diabetes, kanser penyakit racun tikus dsbnya pun makin meningkat! dahlah tu, kolej dan asrama jururawat (yg. majoriti, pelajarnya Bumiputera), banyak yg. MUNDUR termasuk tak cukup komputer utk. buat kajian dan pembelajaran kompleks!

    Dan Kem. Kesihatan, apa mereka buat, bila umat Islam/Melayu jadi mangsa sakit kronik – kenapa umat Islam/Melayu yg. sakit kronik, asyik terpaksa meminta bantuan org. ramai sedgkan sepatutnya ada Tabung Bantuan Pesakit Kronik dlm. Kem. Kesihatan?!

    Yg. hairannya, kenapa PEMIMPIN/BIJAK-PANDAI/RAKYAT dr. umat Islam/Melayu adalah MAJORITI, ditimpa mcm-mcm penyakit. kemalangan, jenayah dan bencana? Bayangkanlah jumlah setahun yg. meninggal, yg. amat malang buat agama dan bangsa kita, ini memang BALA! Kita bukan nak menyoal Takdir, namun angkara jahat pd. mangsa dan keluarga mereka, tidak boleh dibiarkan terlepas dlm. Islam.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  6. Bah. kedua:

    Di samping itu, geng-geng KAPIR SAMSENG/PENGGANAS/KONGSI GELAP tempatan dan asing, saya syaki, sedg. mensasarkan umat Islam/Melayu di M'sia, Indonesia, selatan Thailand dan Mindanao, utk. bunuh/rompak/bakar rumah-kpg-kedai (utk. rampas tanah atau halau penduduk/peniaga cthnya di syaki yg. menimpa peniaga Islam/Melayu di Pendang semalam)/keracunan makanan-minuman (cthnya keracunan makanan yg. ganjilnya, asyik menimpa pelajar-pelajar Islam/Melayu termasuk di asrama penuh)/suntikan kimia (termasuk yg. boleh sebabkan sakit jantung/kanser, terutamanya ke atas pemimpin/bijak pandai/usahawan berjaya Islam/Melayu cthnya)-wabak penyakit/kemalangan jln. raya dsbnya, dlm. pembunuhan beramai-ramai (GENOCIDE) seperti di Mexico dan Latin Amerika. Di mana kaum Bumiputera dibunuh beramai-ramai dgn. kejam oleh rejim pemerintah (cthnya rejim pro-Barat-Israel Mexico, El Salvador, Guatemala dll) atau oleh sindiket dadah/pornografi/pelacuran besaran,yg. ditaja Barat-Israel (lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011!). Di samping cuba menghancurkan moral jenerasi muda, terutamanya umat Islam, melalui penglibatan dlm. JENAYAH termasuk akibat penggunaan dadah/senjata api/pornografi/kebebasan seks (terutamanya kegiatan homoseksual/kehamilan remaja luar nikah dan keguguran anak secara haram) dsbnya untuk menghuru-harakan negara, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, yang kaya minyak-gas. Jadi senanglah mereka nak MENJAJAH seluruh Dunia Islam/Dunia Ketiga termasuk di Nusantara Melayu, yg. amat kaya minyak-gas ini - walau tidak dgn. perang pencerobohan biasa!

    Lihat juga pembunuhan pemimpin-pemimpin Palestin/Islam melalui racun kimia, oleh Mossad ( yg.menyebabkan kanser atau penyakit jantung terutamanya) di http://www.globalresearch.ca/israels-secret-nuclear-biological-and-chemical-weapons-nbc/5352454, Israel’s Secret Nuclear Biological and Chemical Weapons (NBC), By Manlio Dinucci, Global Research, October 01, 2013. Dan yg. terbaru, telah dibuktikan pemimpin tercinta PLO, Pres. Yasser Arafat, diracun Mossad/rejim Israel – di http://www.globalresearch.ca/the-assassination-of-yasser-arafat-was-ordered-by-the-israeli-cabinet-we-will-choose-the-right-way-and-the-right-time-to-kill-arafat/5357121, The Assassination of Yasser Arafat was Ordered by The Israeli Cabinet: “We will Choose the Right Way and the Right Time to Kill Arafat.”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, November 07, 2013.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. OI anon 6:16pm, lu punya ekoq ni dr. Red Bean KURAP RASIS aahh?! Kalau lu TAK suka ISLAM, BUMIPUTERA Melayu/Islam dan TANAH MELAYU kami ini, pusaka berzaman nenek moyang kami ini, dari sebelum dijajah British-Zionis KAPIR laknat lagi, lu boleh BERAMBOS dan MAMPOS!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.