Wednesday, November 20, 2013

TNB beri bayangan tarif elektrik mungkin naik 2014


Kerajaan akan mengumumkan hasil kajian semula mengenai tarif elektrik negara pada tahun depan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini proses kajian semula itu sudah 50 peratus dijalankan meliputi secara holistik faktor-faktor seperti kos bahan mentah, pengguna dan syarikat penyedia utiliti.

"Sebarang kenaikan kadar tarif elektrik bergantung kepada keputusan kajian semula yang akan selesai pada tahun depan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Elektrik 2013 di sini hari ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.