Wednesday, November 6, 2013

Walaupun kalah BN Menang Undi Popular


PAS hanya menang 9 Peti undi berbanding PRU lepas 13 peti undi. BN berjaya memenangi 10 Peti Undi berbanding PRU 13 yang hanya menang 6 peti undi. Undi majoriti PAS pada PRU13 sebanyak 2774 namun kali ini PAS hanya berjaya menang 1084 undi sahaja. Kesimpulannya BN berjaya di Prk Sg Limau ini berbanding PAS yang tewas di banyak PDM serta ahli PAS yang semakin ramai berhijrah kepada Barisan Nasional. 

Dari segi moralnya BN menang undi popular

Keputusan Muktamad PRK Sungai Limau

BN - 10,985
PAS - 12, 069
PAS menang dengan majoriti 1,084 undi

Fakta penting untuk BN :

1. Undi majoriti PAS pada PRU13 sebanyak 2774 namun kali ini PAS hanya berjaya menang 1084 undi sahaja.

2. PAS hanya menang 9 Peti undi berbanding PRU lepas 13 peti undi.BN berjaya memenangi 10 Peti Undi berbanding PRU 13 yang hanya menang 6 peti undi.

2 comments:

  1. BENARKAH UMNO ADIL KEPADA ORANG MELAYU ?

    PRK Sungai Limau mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap orang melayu. Orang melayu mendapat layanan seolah-olah “ anak tiri “ daripada Umno. Sedangkan orang cina mendapat layan seolah-olah “ anak emas “. Begitu sekali Umno memperlakukan orang melayu kerana hendak mengejar undi orang cina yang tak seberapa pun. Betapa hinanya, murahnya, tidak bernilai undi orang melayu kepada Umno.

    Ramai orang melayu tak sedar tentang hal ini. Mungkin pada mereka tak ada apa-apa. Pada hakikatnya Umno sebuah parti melayu telah menghina bangsa yang berjasa kepadanya semasa Umno “ nyawa-nyawa ikan “ di arena PRU13 baru-baru ini.

    Cuba anda lihat agihan bantuan kepada sekolah-sekolah oleh Umno semasa PRK Sungai Limau. Berapa yang sekolah melayu dapat dan berapa pula yang sekolah cina dapat ? Saya terasa sangat seolah-olah murid sekolah melayu tak ubah macam sampah yang tidak ada nilai langsung jika hendak dibandingkan dengan murid sekolah cina. Tiga sekolah cina mendapat 2.5 juta sedangkan 12 sekolah melayu hanya mendapat 1.2 juta. Maknanya market price sekolah cina adalah lebih tinggi daripada sekolah melayu pada kadar RM0.80 juta bagi satu sekolah cina dibandingkan dengan RM0.10 juta bagi satu sekolah melayu. HINA NYA SEKOLAH MELAYU DI MATA UMNO, MURAHNYA HARGA SEKOLAH MELAYU DIMATA UMNO.

    Mengejutkan, saya terjumpa dalam blog SRJK Aik Min di Sungai Limau hanya ada 15 orang murid tetapi mendapat bantuan sebanyak 1 juta. Saya tidak ada maklumat berapa murid di SK Bukit Besar dalam DUN Sungai Limau, tetapi saya percaya murid sekolah itu ramai dan mungkin 500 atau lebih. Berapa SK Bukit Besar dapat, Cuma RM0.1O juta sahaja.

    Bersetujukah anda dengan saya bahawa di mata Umno nilai atau harga satu orang murid cina dengan nilai atau harga satu orang murid melayu seumpama “ langit dengan bumi “. Di SRJK Aik Min harga atau nilai satu orang muridnya adalah RM66,666.00 (mengambil kira jumlah murid 15 orang). Berapa pula harga atau nilai satu orang murid di SK Bukit Besar ? Memeranjatkan, menyedihkan, rasa terhina bila satu orang murid di SK Bukit Besar cuma berharga atau bernilai RM200.00 sahaja (mengambil kira jumlah murid 500 orang).

    Saya tidak tahu adakah para guru di sekolah melayu ada membuat kiraan secara metamatikal seperti yang saya buat. Saya yakin mereka tidak buat kerana guru sekolah melayu ini tidak berapa cekap metamatik sangat jika hendak dibandingkan dengan guru sekolah cina. Kalau guru sekolah melayu betul-betul cekap metamatik awal-awal lagi mereka ada membuat kiraan metamatik, dan saya percaya mereka akan memprotes secara diam kepada Pak Menteri mereka iaitu Muhyidin Yassin, dan akibatnya Umno akan kalah lebih teruk lagi di PRK Sungai Limau, dan Pas akan mendapat majority yang lebih besar daripada yang Pas dapat masa calonya adalah arwah Ustaz Azizan.

    Saya simpulkan bahawa apa yang berlaku pada PRK Sungai Limau ini adalah UMNO MENGHINA ORANG MELAYU, UMNO MENGHINA SEKOLAH MELAYU, UMNO MENGHINA GURU-GURU MELAYU DAN UMNO MENGHINA MURID-MURID MELAYU. Dan atas sebab itu lah walaupun saya ini seorang yang Pro Umno tetapi bersyukur bila Umno kalah di PRK Sungai Limau sebab saya tidak mahu orang melayu yang berfikiran seperti saya bertindak menolak Umno lagi pada PRK yang akan datang, dan yang paling saya tidak mahu adalah orang melayu menolak Umno pada PRU14 yang akan datang.

    WAHAI PEMIMPIN UMNO, JANGAN LAH KAU ULANGI PENGHINAAN KE ATAS BANGSA MU SENDIRI SEPERTI MANA YANG KAU LAKUKAN DI DALAM PRK SUNGAI LIMAU PADA 4 NOV 2013 DI MASA AKAN DATANG. CUKUP CUKUP LAH ……..

    Saudara BLOGGER, saya mohon tuan siarkan posting saya ini. Saya tidak halangan jika tuan ingin menjadikan isu yang saya bangkitkan sebagai bahan untuk artikel anda. SESUNGGUHNYA SAYA MAHU SELAMATKAN UMNO DARIPADA DIHUKUM OLEH ORANG MELAYU SENDIRI. SAYA MASIH MAHUKAN UMNO UNTUK JAGA MELAYU DAN ISLAM.

    Ana Muslimah

    ReplyDelete
  2. Mmg Admin x tau berpolitik dlm demokrasi mane ade menang bermoral cuma ade kalah n menang aje, fakta yg diberi pn tidak mengambil kira jumlah/peratus yg keluar mengundi dibandingkan pada PRU13... ahli umporno boleh lh admin bodohkan dgn fakta2 begitu, dgn kos yg byk hmpr 10juta umporno hya mendapat lebihan undi 400 lebih aje, ape dgbn jumlah sebyk tu nk dibanggakan dgn mengatakan menang moral? cerdiklah sikit admin....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.