Friday, December 6, 2013

Anggota Trafik Terlibat Kemalangan Di Ayer Keroh Ketika Iringi Tahanan Ke Penjara




Satu kemalangan telah berlaku di Lebuh Ayer Keroh, berhadapan stesen minyak Petronas Ayer Keroh Height kira-kira jam 4.30 petang tadi melibatkan seorang anggota trafik Polis DiRaja Malaysia.

Lans Koperal Azizan, yang dalam bertugas mengiringi “Black Maria”, kenderaan yang membawa tahanan polis dari mahkamah ke Penjara Sungai Udang, telah terlibat dalam kemalangan terbabit.

L/Kpl Azizan diberitakan mengalami kecederaan patah di pergelangan tangan dan kecederaan pada mulut.

Lain-lain kecederaan belum dapat dipastikan dan beliau masih menerima rawatan di wad kecemasan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.