Saturday, December 14, 2013

Anwar Berang Bila nama Shamsidar Antara 10 Saksi Yang Dikemukakan Oleh Nallakarupan


Anwar Ibrahim
 tidak berpuas hati apabila pihak defendan (Nallakarupan) telah memasukkan keputusan mahkamah kes liwat yang terdahulu dan nama Shamsidar dalam pembelaan kes saman fitnah RM100juta.

Rayuan telah dikemukakan oleh Anwar dalam kes saman fitnah RM100 juta, Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Februari tahun depan.

Dalam saman tersebut, Anwar telah menyaman bekas rakan baiknya, Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd. (Magnum), Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pada pengurusan kes di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera dilaporkan Utusan telah menetapkan 14 Februari tahun depan pengurusan kes di hadapan beliau bagi mengetahui perkembangan rayuan tersebut.

Ketiga-tiga pihak dalam saman tersebut mengemukakan rayuan berhubung keputusan Vazeer Alam pada 26 Disember tahun lalu yang membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan bekas Pengarah Eksekutif Magnum itu.

Namun begitu, mahkamah telah membenarkan Nallakaruppan dan dua lagi defenden mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan mereka,iaitu pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar yang terdahulu.

Nallakaruppan dalam satu kenyataan pembelaan yang ditandatangani firma guaman Messrs Shafee & Co bertarikh 23 Mei tahun lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi wanita dan lelaki bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Antara wanita yang dikaitkan dengan Anwar, ialah Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul Majid dan Soma Rodrigo @ Anne.

Selain itu turut disenaraikan nama-nama seperti Mior Abdul Razak; Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr. Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees, dan seorang bernama Rashid.

Anwar memfailkan saman pada 26 Mac 2012 berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 di muka surat hadapan bertajuk “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla” dan berita penuh di muka surat enam bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar juga memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan kononnya fitnah.

Menurut Nallakarupan semuanya akan terbongkar apabila perbicaraan dimulakan nanti dan rakyat akan tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.