Friday, December 20, 2013

Anwar hadapi Mimpi Ngeri Bila Berhadapan Dengan Shafee


Sekali lagi Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya untuk mengetepikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pihak pendakwaan yang merayu terhadap keputusan pembebasan ketua pembangkang dalam kes Liwat Anwar yang lalu.

Hakim Mahkamah Rayuan Aziah Ali, seorang daripada tiga panel hakim. Dua hakim lain Rohana Yusof dan Mohd Zawawi Salleh telah membuat keputusan itu.

Pada 21 November lalu, panel lima hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Md Raus Sharif menolak permohonan Anwar untuk menghilangkan kelayakan Shafee sebagai pendakwa dalam kes itu.

Anwar Ibrahim dan juga penasihat ekonomi bergaji Rm1 mendakwa beliau akan tidak mendapat perbicaraan yang adil kerana Shafee sebagai peguam pihak pendakwa.

Apa yang pastinya Anwar Ibrahim mengahadapi mimpi ngeri bila berhadapan dengan Tan Sri Muhammad Shafee.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.